Thursday, 31 December 2020

Misi Bebas Hutang


Kata guru emas ticer , seorang penulis Buku Wang Emas dan Buku Misi Bebas Hutang berpada padalah dengan hutang.
Apatah lagi jika semua hutang tadi terpaksa dibayar dengan hard earned income. Hutang adalah pemberat hidup.
Nasihat Tuan Zulkifli dalam Buku Misi Bebas Hutang
1.Berpada-padalah buat hutang (pinjaman), kalau hutang itu terpaksa dibayar dengan "hard-earned income". Selagi terpaksa membayarnya dengan duit gaji sendiri, hutang itu adalah jerat yang akan mengikat diri sendiri.
2. Lagi besar gaji, lagi besarlah peluang membuat hutang. Lagi banyak hutang yang dibuat, lagi kuatlah ikatan itu.
3. Membayar hutang menggunakan HARD-EARNED INCOME bermaksud, kita terpaksa bekerja keras untuk mendapatkan pendapatan itu - supaya dapat terus membayar hutang. Bila hilang upaya untuk terus bekerja, maka hilanglah upaya untuk membayar kesemua hutang-hutang itu!
4. Rancang kewangan dan segala hutang piutang.
5. Usah tambah hutang baru.
6. Buat persediaan . Langit tak selalu cerah. Adakah kita pasti kita akan selamat dari musibah ?
7. Selagi terpaksa membayar segala hutang-hutang itu dengan hard-earned income, berpada-padalah dalam berhutang.
8. Berhutang hanya pada perkara yang benar-benar perlu, dan dalam jumlah yang benar-benar perlu. Sekiranya apa-apa terjadi kepada kita, insyaAllah kita masih boleh bertahan berbanding orang lain yang terpaksa tergadai segalanya...
Ilmu emas percuma t.me/cekgusilogamkuning





No comments:

Post a Comment