Wednesday, 14 November 2018

Gotmek Part 103



HACCP bermaksud

+ Hazard Analysis Critical Control Point.

+ ia adalah analisis mudarat dan titik kawalan kritikal

Apa tujuan sijil HACCP ?

Tujuannya adalah untuk

MENGESAN
MENILAI
MENGAWAL
BAHAYA ATAU MUDARAT kepada keselamatan makanan.

Tujuan lain untuk pastikan produk makanan itu selamat dan tak berbahaya untuk di makan. Tidak mudarat untuk di makan.

Tiada menyebabkan sakit untuk di makan. Tiada menyebabkan keRACUNan untuk di makan .

HACCP juga bertujuan untuk kawal kualiti makanan. Kawal kebersihan makanan dari bahan asing contoh macam mikrobakteria yang mudah mendiami makanan.

Ini akan mengurangkan kekerapan pemeriksaan kawalan ke atas premis dan sample makanan.

Proses mendapatkan HACCP sangat ketat dan susah kelulusannya di mana pengilangannya harus mencapai standard yang di tetapkan. 

Contohnya seperti kebersihan pekerja, tempat memproses produk bersih dari habuk dan mikrob.

Contohnya macam Kilang Yakult . Proses mendapatkan Haccp memerlukan piawaian dan standard yang tinggi.

Hanya syarikat yang besar dan ada teknologi canggih boleh capai kualiti piaiwaian yang pihak KKM tetapkan.

No comments:

Post a Comment