Wednesday, 28 November 2018

PERSONAL ASSISTANT



Sebelum menjadi PA Iron Lady Kaklong Azlina Othman , iza pernah menjadi PA seorang Man Bos .

Kerja iza merangkap antaranya menguruskan event , Ekspo pelaburan, kelas, seminar tentang jual beli saham, menguruskan jual beli saham di Bursa Malaysia termasuk high net worth client Man Boss seluruh Malaysia setiap hari.

Kerja pun tak susah sebab menggunakan sistem dan platform. Semua di hujung jari.

Menguruskan hal hal kerja sahaja tidak termasuk hal hal personal.

Hanya buat bila di minta sahaja oleh Man Bos contohnya tolong belikan hadiah ke. Tolong belikan makanan ke. Tolong belikan tiket flight ke. Tolong shopping beg LV ke eh eh. Hehe.

Sebagai seorang personal assistant ada etika kerja dan bekerja secara profesional .

Menjadi seorang PA bukanlah tiket untuk kita korek semua perkara tentang bos kita dan membawang tentang mereka.

Its all about attitude and trust.

Sekarang pula Iza menjadi PA kepada KL tugas Iza KL khaskan kepada hanya handle untuk jadual coaching dan seminar sahaja.

Perkara personal macam jadual KL bercuti luar daripada itu Iza tak incharge.

Perkara lain seperti urusan Gotmek pun Iza tak uruskan .

Macam hari ini KL ada urusan Gotmek dengan pihak Hq sepanjang hari Iza tak tahu jadual KL.

Ada pihak yang salah anggap mengatakan kalau dah jadi PA semua perkara kena tahu.

Bukan macam tu kebenarannya.

Kita kena bersikap profesional .

Dan hanya menjalankan tugas seperti yang di amanahkan sahaja.

No comments:

Post a Comment