Friday, 9 November 2018

Gotmek Part 84


KOKO DAN CHOCOLATE

Koko dan coklat mempunyai kaitan yang baik dalam bantu kesihatan manusia.

Ia mengandungi flavanoids iaitu antioksidan yang tinggi dan flavanols yang boleh turunkan paras darah tinggi dan mengurangkan darah beku, risiko strok dan serangan jantung.

Biji koko adalah tumbuhan yang sangat ajaib. Biji koko ni bukanlah biji biasa atau kekacang biasa tapi ia adalah biji benih bagi pokok koko.

Sebiji koko mengandungi khasiat 

54% Lemak
31% karbohidrat
11% protein
3% polifenol
1% mineral

Serbuk koko mengandungi zat dan vitamin seperti lemak, protein, karbohidrat , vitamin A,B,D dan E .

Coklat adalah makanan berasaskan dari koko. Mempunyai kandungan tenaga yang tinggi seperti kandungan lemak, karbohidrat dan protein. Kandungan asid amino, kaya vitamin A, D dan vitamin B seperti Tiamina, riboflavin dan niasin.

Selama ni kita makan coklat mesti kita banyak fikir macana coklat di proses, dari bahan apa dan sebagainya.

Dari sebiji koko yang melalui proses yang panjang dan banyak tangan tangan yang terlibat sehingga menjadi end produk.

Biji koko - serbuk koko - coklat

Pokok koko mengambil masa selama 6 bulan untuk matang dan semestinya memerlukan penanaman komersial secara meluas dan besar besaran untuk tampung keperluan makanan dan permintaan manusia ke atas industri makanan berasaskan koko dan coklat.



No comments:

Post a Comment