MENULIS UNTUK MEMBERI VALUE DAN ILMU TENTANG EMAS. WHATSAPP : +6017- 3409145 EMAIL : shahlizasukiman2@gmail.com INTRODUCER : SHAHLIZA SUKIMAN INTRODUCER CODE : PG00212651 FACEBOOK : Iza Sukiman
Wednesday, 14 November 2018
TIPS MENULIS
Takda manusia dilahirkan kat dunia ni lahir lahir terus pandai membaca dan menulis.
setiap perkara ada masa dan proses yang kita kena lalui.
kat sini iza nak share beberapa tips untuk semua pandai menulis.
Iza takda lah pandai sangat menulis. Pun dalam proses memperbaiki penulisan ini tapi iza sebenarnya suka membaca dan menulis.
Tips menulis #1
Minat. Mesti ada minat. Minat ada tapi masa takda. itu memang biasa dengar. semua orang ada masa yang sama 24 jam. Memang kita kena pandai bahagikan masa. Carilah masa. Atau kita peruntukkan setiap hari 1 jam untuk asah skill menulis kita. 1 jam sehari 365 hari dah 365 jam kita menulis. Buat small things setiap hari itu adalah kejayaan kecil kita.
Tulislah perkara perkara yang kita suka yang dekat dengan kita. contohnya kita suka pasal makanan ke pakaian ke family atau kerja kita yang sedang kita buat. Enjoy perkara perkara yang kita buat sekarang.
Tips menulis #2
Rajin Membaca. Ini homework seorang penulis tegar. Memang tak boleh skip ya. No no no. banyak sebenarnya preparation seorang penulis. Sehari 1 page buku lama lama habis 1 buku. Seorang CEO membaca 50-100 buku setahun. Jika kita dapat baca 50 buku setahun kita dah usaha untuk jadi champion dalam bidang kita. Banyak jer sumber bahan bacaan yang boleh kita dapat. Dari kedai buku, library , bacaan online dan lain lain. Chaiyokk!
Tips menulis #3
Rajin buat carian/homework. Sape tak buat homework kena babap. Jadi #librarybergerak
. Memang kena rajin buat homework. Nak berjaya dalam bidang kita nak kuasai bidang kita kena rajin buat homework. Contoh jika kita berada dalam bidang sales, kita taknak jadi sale person biasa biasa tetapi memilih untuk menjadi 20% champion sales person dalam bidang kita memang kena rajin buat homework. Contoh homework tu melalui bacaan buku, majalah, artikel, training, mentoring, mendengar cd , seminar, ceramah, dan banyak lagi cara untuk kita buat homework.
Tips menulis #4
Menulis dari hati. Bab ni memang kena jujur. Tulis je dari hati . Doa lah juga Allah beri kita idea. Idea dan ilham yang kita dapat ALLAH yang ilhamkan. Mungkin dengan tulisan kita dapat bantu seseorang tak jadi bunuh diri. Mungkin dengan tulisan kita dapat bantu sepasang suami isteri tak jadi bercerai. Kita tak tahu , tapi dengan ilmu yang kita ada dengan skill yang kita ada dapat bantu ubah hidup orang lain. Biiznillah...
Tips menulis #5
Selalu menulis. Mulakan sahaja menulis. Tentang apa sahaja. Belakang parang diasah lama lama akan tajam. Pepatah ni memang ada betulnya.
Semoga Berjaya!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment