Wednesday, 14 November 2018

SALES AKADEMI


CHAMPION ARE MADE NOT BORN

Iza nak cerita sikit pasal iron lady Kita Kak Long.

Untuk pengetahuan semua gelaran Iron Lady di berikan oleh Dr Abdul Jalil Ajfgseorang MDRT Coach.

Semasa pelancaran sales akademi Dr Jalil telah bercerita bagaimana perjalanan beliau berjumpa dengan KL.

KL yang sudah berjaya pun masih mencari Mentor untuk kerjaya beliau.

Semasa pencarian Mentor inilah Dr Jalil bersetuju untuk bertemu dengan KL.

Dr Jalil inilah yang memberikan KL gelaran Iron Lady.

Dr Jalil juga rapat dengan Iron Lady Allahyarhamah Dato Maznah Hamid dan beliau merasakan bahawa tiada speaker dan motivator wanita yang apabila di atas pentas boleh bercakap sampai terus ke hati dengan kasih sayang.

Tetapi Dr Jalil mendapati ciri ciri tersebut ada dalam diri Kak Long.

Sebab itu Dr Jalil memanggil dan menggelarkan KL sebagai Iron Lady.

Cerita di sebalik perjalanan KL sebagai Business sales advisor juga yang melalui pelbagai ujian juga melayakkan beliau di gelar sebagai Iron Lady.

Biarlah Iza seorang sahaja yang tahu cerita ini.

Betapa KL pernah sakit selama setahun dan demam sepanjang waktu tetapi masih kuat bersemangat mengajar dengan komitmen yang amat tinggi.

Betapa KL juga hebat di landa fitnah tetapi masih mampu tersenyum dan mendoakan perkara yang baik baik untuk orang yang melemparkan fitnah.

Hasil kerja KL amat menakjubkan.

Iza pun baru faham bahawa KL jarang berkongsi syarikat yang beliau adakan coaching atas beberapa sebab.

1.Sebab terikat dengan tnc daripada klien sendiri.

Klien syarikat korporat tidak membenarkan orang lain tahu mereka ada external trainer dan coach.
Kerana CEO akan di persoalkan .

2. Pernah klien yang membenarkan KL berkongsi di media sosial tetapi ada pihak yang tidak puas hati terhadap KL yang dapat deal tersebut lalu berlaku lah fitnah memfitnah.

3. Letak di FB banyak mata mata yang akan membuat percubaan sailang.

Alhamdulillah klien KL masih ada trust yang tinggi terhadap KL cuma tak sanggup dengar dan lihat KL jatuh sakit sebab mainan kotor orang yang cemburu.

Begitulah cerita Iron Lady ini.

Jika kita berjumpa dengan KL pastikan kita hanya bercerita pasal masalah syarikat kita dan apa penyelesaian yang ingin kita capai.

KL memang sangat tegas dan dengan prinsip beliau

No complaint
No blame
No excuses
No gossip

Apabila kita dengan KL semuanya ialah tentang SOLUSI.

Tabahnya hati Iron Lady ini kan.

Mata masuk habuk ni.
.
Iza PA Iron Lady

No comments:

Post a Comment