Wednesday, 28 November 2018

MAAFKAN DIRI SENDIRI



Dulu masa mula mula dengar pasal tajuk ni memang iza pelik dan tak faham.

Masa zaman kejahilan takda ilmu semua main redah je selalu salahkan diri sendiri. Blame blame dan blame .

Bila Allah hadiahkan ilmu pasal kejiwaan ni baru faham kenapa kita mesti maafkan diri sendiri dulu.

Ya Allah bila ingat balik semua . Betapa jahilnya dan zalimnya sabotaj diri sendiri. Menitik nitik air mata sebab banyaknya lakukan kezaliman pada diri.

Berdamai dengan masa lalu. Sedekah Al Fatihah banyak banyak pada diri sendiri .

Setiap inci tubuh manusia Allah dah beri kehebatan dan fungsinya.

Ikut kajian tangan manusia sahaja mempunyai berbiliion neurotransmitter urat saraf yang sangat besar fungsinya dengan MINDA kita.

Apa yang Minda kita cakap dan fikir boleh transfer energi ke tangan dan tubuh yang lain.

Ikut kajian terbaru dikatakan sebenarnya triilion neurotransmitter.

Begitu juga dengan mata. Sekitar mata mempunyai berjuta saraf yang jika salah satu saraf rosak akan kurang fungsinya.

Oh rupanya aku ni dah jadi Jutawan dan Billionaire sejak lahir lagi... Semua manusia dah dilahirkan sebagai jutawan dan billionaire.

I AM BILLIONAIRE ... Ampunkanku Ya Allah selalu menzalimi diri sendiri .

No comments:

Post a Comment