Wednesday, 28 November 2018

Gotmek Part 123


PESAKIT GASTRIK

Orang yang ada sakit gastrik ni sahaja tau betapa seksa rasa sakit gastrik ni.

Ada yang teruk terpaksa bergantung dengan ubat doktor.

Gastrik ni adalah sakit di bahagian perut.

Sakit gastrik ada 3 jenis
1. Gastritis ringan
2. Gastritis berat
3. Ulser Gastrik ( peptic ulser )

Gastritis ringan berlaku bila terjadinya inflamasi atau pembengkakan pada bahagian lapisan perut bila bersentuhan dengan makanan.

Bila lapisan perut ni berlaku cedera yang berpanjangan akan berlaku Gastritis Berat.

Sehingga apabila luka terbuka di lapisan perut yang menyebabkan berdarah tahap ini dipanggil Ulser Gastrik. Tanda ini boleh dikesan melalui muntah atau najis.

Sel perut kita kan menghasilkan Asid Hidroklorik ( dengan PH1 hingga PH2). Fungsinya untuk mencerna makanan.

Sel perut ni menghasilkan lapisan mukosa ( lapisan pertahanan) sebagai pelindung dari kesan asid hidroklorik . Asid ini PH yang kuat jika terkena kulit akan terhakis.

Asid hidroklorik di dalam perut dirembeskan bila ada makanan untuk dicerna dan gastrik berlaku bila berlaku ketakseimbangan antara rembesan asid hidroklorik yang banyak dan tinggi dengan kekuatan lapisan pertahanan perut.

Jika lapisan pertahanan di perut ni lemah, rembesan asid hidroklorik tadi boleh sampai ke sel dan menyebabkan inflamasi.

Punca gastrik ni disebabkan beberapa faktor
+ ambil makanan yang berlebihan
+ pengambilan makanan berlemak, pedas, kafein, bergas secara tak terkawal.
+ waktu makan yang tak teratur
+ perokok
+ pengambilan alkohol

Rawat segera gastrik anda sebelum menjadi lebih teruk.

Dapatkan konsultansi dan nasihat doktor segera.


No comments:

Post a Comment