Pagi tadi ceramah ustaz di Tv Alhijrah pasal tekanan dan stress dalam kehidupan.
Apa yang iza faham dan ringkaskan.
Hikmah Allah beri tekanan dan stress dalam hidup.
Setiap orang diuji dengan pelbagai perkara.
Tak kira msikin kaya tua muda semua diuji. Yang miskin diuji yang kaya pun diuji .
💠Allah nak tinggikan darjat seseorang. Asbab ujian tu Allah tingkatkan lagi value seseorang
💠Kita manusia biasa yang penuh khilaf dan berbuat silap. Allah nak cuci segala dosa sebab Allah sayang pada kita.
💠Sebenarnya Allah beri kita hint untuk kita BERHIJRAH dan lakukan perubahan dalam hidup.
Mungkin kita asik di takuk lama. Maka dengan perubahan tadi asbab kita sentiasa muhasabah dan memperbaiki taraf hidup , amalan, sedekah , hubungan kita dengan manusia , hubungan kita dengan Allah contohnya.
Manusia yang bermanfaat adalah harini lebih baik dari semalam.
Manusia yang bermanfaat adalah manusia yang sentiasa bahagiakan diri sendiri dan bahagiakan orang lain.
Perbanyak istigfar dalam hidup akan buka lebih banyak pintu rezeki, akan cuci hati dari dosa, Allah akan perbaiki hidup dan akhlak .
Sekian tazkirah pagi ini.
No comments:
Post a Comment