Sunday, 31 January 2021

Peminat Sambal Penyet

 

Biasa ticer suka makan sambal belacan cicah dengan ulam timun, kobis, peria, apa apa je ulam.
Sape suka sambal penyet cara nak buat mudah sangat hanya tambah tomato.
Boleh simpan stok dalam peti. Ya Allah sedapnya ampun.
Resepi ni mudah je kat bawah share dari group masakan.
Resepinya mudah sahaja.
_______________________
Bahan²:
✓ 7 tomato merah
✓ 5 cili merah besar
✓ 20 cili merah kecik
✓ 2 biji bawang merah
✓ 2 ulas bawang putih
✓ Sedikit belacan
✓ Garam dan gula
✓ Minyak masak
_______________________
Cara memasak:
✓ Panaskan setengah cawan minyak masak ke atas kuali.
✓ Masak bawang merah & bawang putih hingga berbau harum.
✓ Masukkan semua tomato dan masak sampai lembik.
✓ Masukkan semua cili merah dan belacan, gaul sebati bersama tomato tadi.
✓ Padamkan api dapur dan rehatkan masakan seketika sehingga suhu menjadi suam.
✓ Kemudian, kisarkan masakan ke dalam blender tapi jangan kisar terlalu kerap. Elakkan sambal penyet menjadi halus. Kita tak nak tekstur sambal penyet mcm cili bo.
✓ Sesudah kisar, masukkan semula ke dalam kuali dan masak sehingga warna sambal menjadi lebih gelap dan pecah minyak.
✓ Akhir sekali citarasakan sambal dengan garam dan gula secukupnya.
✓ Sedia dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng.
Kredit : Zurina Zulkefli

No comments:

Post a Comment