Sunday, 31 January 2021

Tips Emas #36

 JANGAN PEDULI HAR.GA EMAS,

SIMPANAN SAMPAI 1 KILO DULU
Pesan mentor emas penulis buku #wangemas
Usah peduli pasal harga emas tinggi rendah. Beli, beli dan beli saja. Harga tinggi kita beli, harga rendah kita beli lebih banyak!
Kita leveragekan kuasa pemurataan atau The Power of Dollar Cost Averaging.
Macam mana nak tahu harga tinggi ataupun rendah?
Satu tips paling mudah. Iaitu siapa dah pernah beli emas sebelum ini, dia mesti sangat peka tentang harga emas. Sebab dia sudah ada benchmark sendiri.
Siapa yang dah pernah beli emas (dengan ilmu), dia tahu harga rendah tahun ini tak akan sama dengan harga rendah tahun lepas. Jadi dia sangat realistik dengan harga emas.
Orang yang belum faham ilmu emas, dia sibuk sangat dengan harga emas tinggi rendah sebab dia takut beli emas harga mahal.
Dia fikir emas ini sama macam saham atau aset kertas yang hanya ada nombor dan kertas sahaja. Padahal nilai emas terletak pada berat dan ketulenannya sendiri. Selagi emas itu ada dalam milikan kita, selagi itu kita tak akan rugi bahkan kekal kaya.
Belum pernah lagi jumpa orang yang jatuh miskin sebab simpan emas yang banyak. Belum pernah.
Jadi usah peduli harga emas itu dulu. Apa yang penting, letak target #1keluarga1kilogramEmas dulu. Bila jumlah emas yang kita kumpul dah banyak nanti, confirm kaya. InsyaAllah.
Sebaliknya orang yang yang sibuk dengan harga, akhirnya tak kemana-mana juga. Emas pun takut nak beli, duit simpanan pun tak ada.
Itulah apa yang di perhati oleh mentor sejak terlibat dalam jual beli emas tahun 2010 yang lalu.
Jadi mulakan simpan emas dengan target sekurang-kurangnya #1gram1bulan. Sejak adanya kaedah belian #AkaunEmasGAP, semua orang mampu simpan emas. Walaupun cuma dengan bajet serendah RM100 sebulan.
Now everyone can buy gold!
Ilmu emas percuma t.me/cekgusilogamkuning

4 Dec 2021

No comments:

Post a Comment