Sunday, 31 January 2021

Tips Kehidupan #2

 CARA UTK BERSEDEKAH

Bagaimana kita boleh bersedekah, sedangkan ada yang tidak bekerja, dan ada yg bekerja sebagai suri rumah yang tidak punya gaji atau gaji tidak seberapa untuk disedekahkan?
Ada yang merasa sedih dan berandaikan dengan berkata:
"Bagaimana, sedang aku tak punya duit?" Walaupun demikian, kita sentiasa diperintahkan untuk bersedekah.
Rasulullah SAW bersabda:
"Wahai setiap wanita, bersedekahlah, dan perbanyaklah istighfar, sebab aku melihat kalian sebagai majoriti penghuni neraka."
Dan sabda Baginda itu menambah khuatir dan rasa takut pada diri kita.
Dan solusinya?
Sebenarnya mudah, sesungguhnya kurnia dan kemurahan Allah Ta'ala begitu luas dan tiada henti.
ALLAH menjadikan sedekah bukan hanya pada harta sahaja. Namun, setiap pintu kebaikan adalah sedekah.
Sedekah itu beraneka ragam:
1. Setiap istighfar, tasbih dan tahmid adalah sedekah.
2. Setiap takbir dan tahlil adalah sedekah.
3. Amar ma'ruf nahi munkar anda (menganjurkan yang baik dan mencegah yang buruk) adalah sedekah.
4. Bukalah Whatsapp, FB, Instagram dan lain lain anda setiap hari, bersedekahlah dengan cara mengirim ucapan-ucapan yang baik kepada semua yang anda kenal, dan setiap kalimat yang baik adalah sedekah.
Share ilmu agama , kuliah , ilmu yg bermanfaat.
5. Senyuman anda kepada suami/isteri dan anak-anak anda, serta kepada org lain juga sedekah.
6. Dua rakaat Dhuha juga sedekah utk sendi sendi kita.
7. Tahanlah diri anda dari keinginan untuk berbuat buruk, itu pun sedekah.
8. Singkirkanlah setiap bentuk gangguan yang dapat mencelakakan orang dijalan, itupun sedekah.
9. Ucapkanlah salam kepada siapa saja yang anda temui, itupun sedekah.
10. Berilah makan kepada jiran atau sesiapa pun dengan makanan yang juga anda dan keluarga anda makan, itupun sedekah.
11. Berilah makan pada kucing, burung atau binatang lainnya atau manusia, itupun sedekah.
12. Muliakanlah tamu di rumah anda yang melebihi 3 hari, itupun sedekah.
13. Berusahalah menolong dan membantu orang lain, samada org Islam ataupun bukan Islam, itupun sedekah.
14. Tuntutlah ilmu agama, ajarkan dan sebarkan, baik dengan cara mendengar, membaca, atau menulis sesuai kemampuan anda, itupun sedekah.
15. Seteguk air yang anda berikan untuk orang yang haus adalah sedekah.
Milik Allah lah segala puji dan kurnia.
Kaedah Penting:
Lakukanlah secara ikhlas dan tanpa mengharapkan balasan dari siapapun...
Kaum kerabat lebih utama untuk mendapat kebaikan kita. Ibubapa, suami, isteri, anak anak , kaum kerabat, jiran terdekat dan jiran tetangga adalah mereka yg perlu dibantu terlebih dahulu.
Selalulah kita ingat...
"Sedekah itu menghapus dosa, sebagaimana air mematikan api".
Sebarkanlah perkongsian ini agar menjadi sedekah untuk kita dengan izin Allah.
Kredit : Ustaz Iqbal Zain

No comments:

Post a Comment