Sunday, 31 January 2021

Tips Emas #33

 

Nota Emas 2020
Kelas online bersama Sifu Emas Malaysia Tuan Syukor Hashim.
Faktor kenaikan har.ga emas dan apa persediaan tahun 2021.
Penerangan agak teknikal tapi ilmu ni wajib dan penting tahu .
Antara faktor kenaikan har.ga emas bergantung pada beberapa faktor. Ikut analisis Sifu Emas bila berlaku beberapa situasi di bawah akan berlaku kenaikan har.ga emas.
1. US Election/Program Stimulus/ Inflasi
Isu Donald Trump dan kemenangan Joe Byden. US cetak duit banyak banyak untuk naikkan ekonomi maka hyperinflasi akan berlaku.
2. Post Brexit.
3. Geo politik. Pertelingkahan antara negara.
Contoh US bergaduh dengan China.
4. Covid19 mutation.
Walaupun pengumuman baru di umumkan penemuan vaksin covid19, apa yang lagi membimbangkan adalah berlakunya mutasi c19 bermaksud orang yang takda simptom pun boleh terkena jangkitan covid.
Pesan sifu,
Sekiranya kita baru nak kenal dunia emas kurang dari setahun sebaiknya lakukan strategi di bawah.
Persediaan untuk pelabur emas bijak Tahun 2021
1. Dapatkan ilmu sebanyak mungkin. Kata Tuan Azizi Ali pakar kewangan sarankan kita membaca sekurang kurangnya 10 buku tentang pelaburan atau ilmu emas.
2. Mulakan dengan modal yang kecil contohnya 1 gram untuk dapatkan feel dan beli serta jual pada harga tinggi dan rendah.
3. Konsisten dan berterusan. Bagitau mindset simpan emas untuk jangka masa panjang. Letakkan time frame. Bukan simpan 3 bulan dan nak ju.al. Konsisten tambah gram emas tanpa hirau harga turun atau naik. Strategi ini dipanggil Dollar Cost Averaging ( kos pemurataan) .
4. Melabur besar untuk untung besar. Ikut saranan pakar kewangan Tuan Azizi Ali dalam apa apa pelaburan strategi nak untung besar bertukar jadi pelabur besar. Sebenarnya simpan sikit sikit lama lama masih sikit.
Selain perkongsian nota emas 2020 ada juga tawa.ran emas , pendaftaran sebagai normal dealer dan priority dealer.
Nanti ticer share lagi.
Semoga bermanfaat.
25 Dec 2020


No comments:

Post a Comment