Perkongsian Tuan #aziziali tentang strategi pelaburan emas 2021.
Ticer kongsikan secara detail penjelasan beliau
1. Emas adalah adalah salah satu pelaburan terbaik . ia dah wujud sejak 5000 tahun dulu.
2. Emas telah lama digunakan sebagai perhiasan, mata wang dan pelaburan.
3. Dalam 20 tahun , emas dah berikan pulangan 600% lebih kurang 10% setahun .
4. Emas pelaburan boleh dibeli secara konsisten setiap bulan.
5. Jika boleh dapat dari mana mana pelaburan sebanyak 10% setahun ia di anggap instrumen pelaburan yang bagus.
6. Medium simpann yang popular adalah ASB dan Tabung Haji . Kegunaan Asb untuk 2 kegunaan 1. Sebagai simpanan jangkamasa pendek/short term 2. Simpanan tabung kecemasan
7. Peluang untuk jana keuntungan dalam emas lebih tinggi berbanding asb dan kwsp.
8. Emas fizikal ni ada 2 jenis . 1. Barang kemas , barang kemas untuk perhiasan tak consider sebagai pelaburan , nak beli nak pakai takda masalah tapi dont treat as pelaburan.
2. Goldbar . Jika nak beli untuk tujuan pelaburan beli emas dalam bentuk wafer, syiling, goldbar, dinar ,
9. Tempat simpan emas terbaik di safe deposit box. Jika kurang dari 50g boleh di rumah saja. Namun syarikat public gold ada sediakan Akaun Gap di mana kita boleh simpan emas dalam akaun bermula rm100 tanpa caj.
Simpan di Arrahnu tidak digalakkan sebab kadar kos upah simpan tinggi.
10. Lelaki muslim haram pakai emas . Namun jika beli emas goldbar dan simpan tiada masalah.
11. Ini untuk kesejahteraan keluarga, dalam melabur kita tak pinjam untuk melabur kecuali dalam membeli hartanah.
Pakar kewangan seluruh dunia tak suggest kita pinjam duit untuk buat pelaburan kecuali hartanah.
12. Simple interest dan compound interest berbeza. Jadi elakkan ikut guru yang songsang yang galakkan kita pinjam duit untuk melabur.
13. Jika takda duit atau tak cukup duit nasihat tak perlu fikir nak melabur. You are not ready.
14. Apa tujuan melabur dalam emas?
Emas adalah long term investment eg 2-3 year atau 5-10 tahun.
Tujuan untuk sediakan dana persaraan dan pendidikan anak anak.
Untuk sebarang pertanyaan tentang #akaunemasgap boleh wasap ticer di wasap.my/+60173409145
Belajar ilmu emas t.me/cekgusilogamkuning
No comments:
Post a Comment