Nak cerita sedikit sejarah dinar emas yang dikeluarkan oleh Public Gold. Gambar disertakan untuk rujukan.
Gambar A
Dinar emas generasi pertama yang dikeluarkan oleh Public Gold. Ia berketulenan 22K (916) dan mempunyai sijil ketulenan yang disahkan oleh local assayer.
Dinar emas ini dihentikan pengeluaran pada tahun 2014 iaitu setahun sebelum perlaksanaan GST. Ini kerana jongkong/syiling emas keluaran tempatan (non LBMA) tertakluk kepada GST. Jadi untuk tidak membebankan penyimpan dengan GST, dinar emas 916 ini ditamatkan pengeluaran.
Walaupun tidak dijual lagi, namun dinar emas ini masih banyak disimpan oleh pelabur dan penyimpan emas Public Gold di seluruh dunia.
GAMBAR B
Dinar A ini digantikan dengan Dinar Emas LBMA (LBMA bermaksud London Bullion Market Association). Dinar emas ini berketulenan 24K (999.9) dan ditempa oleh Nadir Metal Refinery, sebuah kilang emas yang mendapat pengiktirafan "LBMA accredited refiners".
Ini menyebabkan dinar ini tidak dikenakan GST, sebab ia termasuk di dalam kategori IPM (investment precious metals). Bukan setakat dinar emas, tetapi jongkong emas yang ditempa oleh Nadir Metal Refinery juga termasuk di dalam kategori IPM dan ia bebas GST.
Dinar emas ini dijual sehingga sekarang.
GAMBAR C
Setelah Malaysia bertukar kerajaan dan GST ditamatkan, maka emas tidak lagi tertakluk kepada cukai GST atau SST. Jadi Public Gold telah mengambil keputusan untuk mengeluarkan Dinar Emas keluaran tempatan dengan ketulenan 24K (999.9). Ini adalah dinar emas tempatan terkini.
Jadi sepanjang 12 tahun (2008 - 2020) kita dapat melihat 3 generasi Dinar Emas yang dikeluarkan oleh Public Gold.
Sekarang, anda boleh membeli dinar emas LBMA dan dinar emas tempatan 999.9 sebagai simpanan dan pelaburan. Memandangkan berat dan ketulenan kedua adalah sama, jadi harga dan spread kedua ini sama aja.
Kedua-duanya sama bagus.
P/S : PG merupakan pengeluar dinar emas physical yang terbesar dalam dunia pada masa ini.
No comments:
Post a Comment