Sunday, 31 January 2021

Tips Emas #38

 

Kata mentor emas penulis buku #wangemas
.
Nasihat yang baik untuk pelajar universiti.
.
Bahaya hutang PTPTN terutamanya utk pelajar UiTM.
Dapat duit selonggok banyak, sedangkan yuran pengajian sangatlah murah berbanding IPTA lain.
.
Maka risiko duit itu bocor lebih besar.
Duit yang sepatutnya digunakan untuk belajar, bocor sebab berjoli.
Beli apa sahaja yang rasa nak beli.
Ye lah, itu pertama kali dalam hidup dapat duit ribu riban. Duit pinjaman rasa macam duit bonus.
.
Kalau tak boleh kawal nafsu berbelanja, pinjaman PTPTN boleh menyebabkan pelajar tak belajar. Lagi jatuh prestasi pelajaran.
.
Jadi cuba kira2 berapa banyak duit lebihan. Selamatkan duit cepat2. Antaranya dengan tukarkan kepada bentuk emas...

No comments:

Post a Comment