PERSIAPKAN DIRI
Seminggu yang lepas tiba tiba seorang rakan lama pm bertanyakan itu ini tentang bantuan Sedekah Subuh. Sebelum ini ticer pernah uruskan beberapa bantuan dari team sedekah subuh untuk mereka yang layak.
Wanita lewat 30an ini bagitau suami sakit dan dimasukkan ke hospital.
Yang paling ticer sedih penyakit suaminya menyebabkan menjejaskan otaknya. Tiba tiba meracau menjerit tak sedarkan diri dan sekarang terpaksa memakai pampers dan tak dapat uruskan diri sendiri.
Banyaknya kesusahan dan galaunya hati isteri 
1. Disebabkan terpaksa duduk wad menjaga suami beliau tak dapat buat tempahan kek. Pendapatan kosong.
2. Sudah 2 bulan terlantar di hospital , gaji suami yang dibayar oleh syarikat digunakan untuk bayar rumah, motor, kereta dan expenses yang lain.
3. Oleh kerana suami masih terlantar di hospital galaunya hati isteri apa akan jadi bila suami tak dapat bekerja , dibuang kerja, tiada sumber pendapatan untuk bayar expenses.
4. Bertambah lagi bebanan bila suami tak sembuh tak dapat bekerja berbulan.
5. Memikirkan belanja susu pampers anak hati isteri bertambah galau.
6. Family lain mungkin dapat bantu 1-2 bulan tapi bagaimana bulan bulan seterusnya? Adakah kita bersedia dengan segala kemungkinan yang berlaku ?
7. Jika ada ambil takaful, bebanan akan berkurang. SekurΓ ngnya takaful boleh gantikan income replacement untuk beberapa ketika.
8. Jika ada simpanan kecemasan hati lebih tenang sebab dah bersedia dengan kewangan.
Jika kita diuji begini mampukah kita?
Jika ini berlaku pada kita, apa PERSEDIAAN KITA ?
Adakah kita bersedia mental dan fizikal dengan ujian ini?
Adakah kita bersedia dengan ujian kewangan ?
Pentingnya kita sebagai wanita, ibu, isteri membuat PERSEDIAN RAPI
Sebab itu sebagai wanita, ibu dan isteri yang ada pendapatan sendiri samada hasil bekerja atau berbisnes buatlah SIMPANAN at least 10%-20% mulai sekarang. Rancang kewangan kita dengan bijak. Jadi #wanitabijak
Usah terlalu selesa.
Walaupun sekarang kita kata suami kita ok, anak anak kita ok. Tapi kita tak tahu apa akan terjadi pada diri , suami, anak anak esok lusa.
Seorang wanita bijak yang pandai #uruswang perlu fikir bagaimana buat tabungan
Takaful
Simpanan Asb
Simpanan Tabung Haji
Simpanan Akaun Emas Gap

No comments:
Post a Comment