Thursday, 8 November 2018

Gotmek Part 12




Kilang Gotmek berada di Kuala Kangsar Perak.

Apa yang best dan berbeza adalah kilang mengamalkan Islamic Manufacturing Practise ( IMP)

Korang tau ke apa itu IMP.

IMP adalah menggunakan sop di mana segala bahan proses dari mula sampai akhir dari A to Z berasaskan islamik dan patuh syariah.

Kilang taraf IMP ini di asaskan oleh salah seorang penasihat Nutrimeka iaitu Ustaz Tajudin yang dipanggil Tok Ayah.

Beliau mempunyai kepakaran tinggi dalam perkara halalan dan toyyiban.

Beliau ada Team Audit IMP sendiri.

Mana mana kilang atau perniagaan yang ingin memohon pengiktirafan IMP hendaklah melalui Team Audit Tok Ayah dulu.

Begitu teliti dan ketat sekali. Bukan main suka suka bancuh. Bukan main suka suka packaging. 
Macam Ah So buat kat belakang rumah.

Semua proses di pantau ketat.

Staf kena wudhuk. Tidak dibenarkan merokok. Penampilan mesti bersih dan sopan.

No comments:

Post a Comment