Friday, 9 November 2018

Gotmek Part 83


KOKO

Bagaiman koko di proses?

Biji koko diproses menjadi serbuk koko. Ia melalui proses yang sangat panjang.
Pemprosesan Biji Koko Basah
Buah koko yang telah dipetik akan dikeluarkan . Biji koko yang basah ni akan di biarkan untuk melalui proses fermentasi.
Proses fermentasi adalah proses pemeraman yang dijalankan selama 5 hari , setelah 5 hari akan dipindahkan ke tempat pengeringan.
Selepas proses fermentasi biji koko ni akan dikeringkan sehingga menjadi biji koko kering.
Masa proses pengeringan , biji koko perlu dijemur di bawah sinaran matahari atau menggunakan mesin pengering . biasanya ambil masa 2 ke 3 hari mengikut keadaan biji koko tu. Serpihan antara kulit dan biji koko akan dipisahkan sebelum ia di masukkan ke dalam karung guni.
Selepas itu, biji koko kering tadi akan melalui proses berikut
Pembersihan
+ tujuannya untuk membuang bahan kotoran seperti batu, kaca, tali guni , bahan logam semasa proses pengeringan berlaku
Pemanggangan
+ biji koko yang dah bersih tadi akan dipanggang untuk renggangkan lekatan antara nib dan kulit biji.
Pemecahan dan penganginan
+ biji koko akan dipecahkan dan diagihkan untuk pisahkan nib daripada kulit.
Nib Koko
Pemanggangan
+ nib koko tadi akan dipanggang sekali lagi dalam suhu 135°C - 145°C sehingga 35-45 minit
Pengisaran
+ nib koko akan dikisar sampai halus. Produk yang dihasilkan dipanggil likur koko yang menjadi bahan asas dalam pembuatan coklat. Likur koko mengandungi 55% lemak koko.
Likur koko
Pemerahan
+ proses pemerahan likur koko tadi adalah untuk keluarkan lemak koko. Sisa yang dikeluarkan adalah bahan sampingan yang dikenali sebagai kek koko. Kek koko inilah bila dikisar halus akan menjadi serbuk koko.
Proses ini menggunakan peralatan dan mesin khas.
Sumber : Buku Kisah Koko 1997, Lembaga Koko Malaysia


No comments:

Post a Comment