SEJARAH KOKO
Koko telah ditanam di lembah Amazon sejak 600 tahun sebelum Tahun Masihi . Kaum Maya dipercayai memulakan tanaman koko dan di bawa melalui aktiviti perdagangan oleh kaum Aztec.
Koko mendapat nama santifiknya Theobroma cacao iaitu dari kepercayaan agama orang Maya dan Aztec bermaksud makanan dewata.
Kaum Maya dan Aztec menganggap koko sangat istimewa dan hanya disediakan untuk minuman maharaja.
Sejarah Koko di Malaysia
Pada abad ke 17 koko telah diperkenalkan di Asia Tenggara oleh orang Sepanyol
+ Koko mula di bawa masuk ke Sabah pada tahun 1950 dan dimulakan penanaman sebanyak 500 biji benih.
+ kemudian penanaman koko diluaskan secara komersil di Jerangau Terengganu .
+ pada tahun 1955, penanaman koko telah dikomersilkan di Sabah oleh syarikat BAL plantation.
+ pada 1960 penanaman koko secara rasmi diperluaskan lagi di Tawau Sabah. Sehingga ke Pahang, Perak, Selangor dan Johor . Sehingga abad ke 20 tanaman koko lebih meluas ke seluruh Semenanjung Malaysia dan Sarawak.
Koko ni sebenarnya tanaman komoditi ke 4 terbesar di Malaysia selepas kelapa sawit, getah dan kayu kayan dan Malaysia adalah negara pengisar koko ke 7 terbesar di dunia.
Sabah adalah negara yang menyumbang terbesar tanaman koko.
Masa hadapan industri koko di mana setiap AS$1 ( RM4.01) yang dibelanjakan oleh pengguna terhadap produk coklat sebanyak 6.6% dinikmati oleh pekebun koko.
Negara Ivory coast adalah pengeluar koko terbesar dunia diikuti Ghana dan Indonesia.
No comments:
Post a Comment