Saya sedih bila CikJun Jonaina Nordin bagitau suami kawannya diberhentikan kerja.
Umur suaminya tersebut sekitar 50an. Isterinya pula seorang suri rumah.
Walaupun dah lama suaminya bekerja, setia dengan syarikat, namun kesan Covid-19 menyebabkan syarikatnya mengecilkan operasi. Jawatan beliau jadi taruhan
Ujian hilang pekerjaan adalah ujian yang berat.
Apatah lagi lagi jika mempunyai komitmen hutang dan tanggungjawab menyara anak yang masih bersekolah. Macam kawan cikjun, ujian ini sampai pada umur 50an.
Malang tidak berbau. Kita boleh diuji oleh tuhan dengan bermacam-macam bentuk ujian.
Contohnya hilang kerja, hilang kesihatan, hilang nyawa, kehilangan orang tersayang dan macam-macam bentuk ujian.
Ini adalah hakikat hidup.
Kita tak tahu bila ujian akan tiba atas batang hidung kita, tapi kita boleh bersiap sedia.
Lagi awal lagi bersiap bagus.
Sebab itu, untuk ujian berbentuk kewangan, pakar kewangan mencadangkan anda menyimpan dana kecemasan sebanyak 6 bulan ke 1 tahun gaji.
Sebab jika anda hilang kerja, anda ada backup. Anda tidak akan terus jatuh susah.
Saya pernah bersembang dengan pakar kewangan Malaysia, tuan Azizi Ali. Beliau cakap “Sekarang masa yang sangat penting untuk setiap orang fikir tentang MSI (multiple streams of income)”
Bahaya jika bergantung kepada hanya satu pendapatan. Bahaya gais.
Cari ikhtiar untuk ada 2-3 sumber pendapatan.
Belajar buat sales, belajar trade saham ke, belajar jual beli tanah ke, belajar invest.
Bila ada pendapatan, simpan dan invest. Simpan dan invest. Simpan dan invest.
Saya berdoakan agar hidup anda bahagia-bahagia aja gais.
Kita tak tahu bila ujian akan sampai.
Tapi kita boleh bersedia dari sekarang

Kredit : Tuan Syukor Hashim