EMAS SELAMATKAN MANGSA PERANG
Ini kisah benar ada di tulis di buku Tuan Zulkifli
Kenapa simpan emas?
Dengan emas lah pelarian lari dari negara mereka datang ke Malaysia bawa emas yang di jahit di baju mereka dan tukar ke wang tunai
Pengalaman MANGSA PERANG Khmer Rouge, mereka lari datang ke Malaysia tak bawa wang kertas tapi bawa emas.
Semasa PERANG di kemboja duit kertas yang dipikul berguni guni telah dibuang sahaja di tengah tengah hutan Thailand. Masa perang duit kertas takda nilai. Takda value. Hanya jadi kertas sampah.
Ramai pelarian kemboja lari datang ke Malaysia bawa emas . Mereka gadaikan emas untuk mulakan hidup baru, mulakan perniagaan, terus kan kehidupan untuk makan minum, sekolah anak anak dan lain lain.
Susahnya hidup semasa jadi mangsa perang dan emas lah jadi penyelamat untuk teruskan hidup.
Ini antara kisah kezaliman Khmer Rouge.
Terkejut tengok gambar ni. Scary.
Siapa yang ada baca sejarah pemerintahan Khmer Rouge Pol Pot yang kejam dan zalim di Cambodia.
Satu muzium telah dibina dinamakan Tuol Sleng Genocide Museum menempatkan tengkorak manusia daripada pembunuhan beramai ramai Tuol Seng.
Muzium itu turut dikenali sebagai penjara keselamatan 21 (S-21) sebelum itu, menjadi saksi penyeksaan dilakukan rejim Khmer Rouge sejak 17 April 1975 hingga 7 Januari 1979.
Pelawat muzium itu dikenakan bayaran RM13.50 (AS$3) untuk masuk dan bagi menyewa audio perakam turut dikenakan bayaran sama.
Beroperasi sebagai pusat tarikan pelancong sebaik rejim Khmer Rouge berkubur, muzium itu beroperasi dari jam 8 pagi menerima 500 hingga 2,000 pelancong dari dalam dan luar negara sehari dan pernah beberapa kali menjalani proses baik pulih.
Mempunyai empat bangunan utama yang pernah dijadikan bilik seksaan, penginapan, penjara dan bilik soal siasat penjara S-21 dikatakan pernah meyeksa 20,000 rakyat dari pelbagai latar belakang.
Scary kan.
No comments:
Post a Comment