ISTIQAMAH
Hijrahkan diri dengan :
1. Meningkatkan kualiti solat. Solat di awal waktu.
2. Perbanyakkan masa bersama Al Quran.
3. Perbanyakkan sedekah.
4. Istiqamah solat di sepertiga malam.
5. Perbanyakkan istighfar.
6. Perbanyakkan selawat.
7. Perbanyakkan ingat akan kematian.
8. Perbanyakkan berbuat baik sesama manusia.
9. Kurangkan bercakap perihal orang sedang diri penuh dengan keaiban.
10. Perbanyakkan solat sunat.
11. Meningkatkan kebergantungan dan sangka baik pada Allah.
12. Terus merendah diri kerana tiada milik kita. Allah boleh ambil pada bila bila masa.
13. Sehabis baik berbakti pada kedua orang tua.
Hijrah ini bukan cuma untuk hari ini. Tetapi untuk setiap hari selagimana dipinjam nikmat hidup.
Moga hijrah kita menjadi asbab mudahnya langkah masuk ke dalam Syurga Firdaus.
Berpada padalah dengan dunia kerana suatu masa nanti, kita akan berhijrah ke tempat yang kekal abadi.
Syaurah Ishak,
Hijrah untuk menjadi hamba yang lebih baik.
Kredit : Aku & Al Quran
No comments:
Post a Comment