ZAKAT EMAS DAN PERAK
Bila ticer kata simpan emas , bukan maksud ticer kena simpan je sampai mati.
Kena seimbangkan 4 konsep ni.
Pendapatan
Urus pendapatan kita dengan baik.
Perbelanjaan
Setiap bulan kita perlukan belanja makan minum, pakaian, tempat tinggal, sekolah dan belanja makan anak isteri. Urus perbelanjaan dengan baik.
Simpanan
Perlu bijak agihkan sedikit simpanan. Belajar dari kisah Nabi Yusuf.
Pelaburan.
Cari dan belajar ilmu pelaburan yang betul. Bukan main hentam keromo. Kelak merana badan. Pelaburan terbaik adalah pelaburan ilmu.
Belajar MENGURUS KEWANGAN.
Kat sekolah atau kat universiti takda ajar.
Tapi yang pasti orang yang simpan melebihi 90gram emas adalah orang kaya.
Sebab apa? Sebab orang yang simpan emas melebihi 90gram ni dah wajib keluarkan ZAKAT EMAS. Sila rujuk pusat zakat negeri masing masing.
Kita niatkan tujuan simpan dan kumpul emas untuk menjadi pembayar zakat terbesar.
Kita niatkan tujuan kita berbisnes untuk jadi pembayar zakat terbesar.
No comments:
Post a Comment