RAHSIA EMAS DAN ZAKAT HARTA
Dalam rukun Islam yang ke 4 perkara yang kita kena buat adalah berzakat.
1. Ramai hanya tahu kena bayar zakat fitrah tapi tak tahu zakat harta
2. Ramai tak tahu kenapa kena bayar zakat
3. Ramai tak faham ada 10 jenis zakat harta yang wajib dikeluarkan
4. Ramai tak tahu apa syarat wajib zakat
5. Ramai tak tahu apa kaitan zakat dan emas. Berapa dikenakan zakat emas.
Pusat zakat ditugaskan untuk kutip zakat daripada orang orang Islam .
Zakat diwajibkan bila cukup syarat zakat.
2 jenis zakat yang wajib dikeluarkan oleh orang Islam bila cukup syarat adalah zakat fitrah dan zakat harta.
Ada 10 jenis zakat harta yang mesti kita tahu.
Bulan Dec setiap tahun biasanya banyak syarikat atau individu akan buat transaksi zakat harta atau perniagaan mereka selain bulan Ramadhan.
Sebab apa?
Sebab ramai yang tidak mahu terlepas mendapatkan resit yang sah supaya dapat tuntut rebat cukai yang akan ditaksirkan pada tahun hadapan.
Untuk individu, bayaran zakat yang dikeluarkan dapat digunakan untuk menuntut rebat cukai pendapatan, manakala bagi syarikat-syarikat perniagaan untuk mengurangkan cukai korporat yang dikenakan.
Niat berzakat untuk sucikan harta dan tunaikan tanggungjawab rukun Islam.
No comments:
Post a Comment