Sunday, 30 August 2020

DIRI KITA ADALAH UNIK

 

DIRI KITA ADALAH UNIK
Ramai orang boleh tiru apa yang ada pada kita
Jika kita berbisnes di online
Ramai orang akan tiru ayat softselling kita, kata kata kita, copywriting kita.
Namun mereka tak boleh copy mindset, attitude, value yang kita ada
Jadi usahlah kita risau dan takut pada persaingan.
Dunia bisnes adalah dunia betapa tinggi TAWAKKAL kita pada Allah.
Sebab bila berbisnes kita tak boleh guarantee berapa banyak sales kita berapa banyak income kita
Tapi jika kita berbisnes dengan Allah , hati akan sentiasa redha dan tenang dengan apa sahaja cabarannya.
Ticer sedang didik hati , bahawa apa yang kita miliki semua dariNya.
Jika Allah nak tahan DIA tahan, jika nak beri DIA akan beri, jika nak tarik DIA MAHA BERKUASA . Semua dengan KUN FAYAKUN.

No comments:

Post a Comment