Sunday, 30 August 2020

MENJADI TOP NO 1

 

MENJADI TOP NO 1
Suka baca story Tuan Khairul part ni.
Kita nampak Dato Sri Siti happy main Instagram, namun kita tak tahu bagaimana dia bermula.
Kita nampak Tokti tenang ja duk melayan Aafiyah, namun kita tak tahu bagaimana dia mengadap haters.
Saya ingat Kak Rozi pernah cerita semasa beliau dijemput menyanyi di sebuah negara sekitar lebih 10 lalu.
Tokti sampai elok-elok sahaja untuk rehersal, waktu itu lagu tersebut dinyanyikan dengan key yang agak tinggi. Jadi Tokti yang kepenatan melayan sahaja.
Sekali semasa show, para pemuzik berpakat untuk tinggikan lagi key. Jadi semasa menyanyi, Tokti nampak terkejut namun beliau berjaya menyanyikan lagu tersebut dengan baik.
Semasa sesi makan-makan, mereka semua memuji Tokti. Mengatakan tiada orang lain boleh menyanyikan key setinggi itu.
Kawan-kawan,
Nak berjaya, banyaknya halangan, cabaran, perperangan dan perlawanan perlu dilalui. Sama ada kita nak cerita atau tak sahaja.
Kejayaan Tokti hari ini jadini inspirasi ramainya orang. Berbekalkan suara emas, bakat dan minat, kemudian dicampur elok dengan usaha keras tanpa pernah berhenti, jadilah Siti Nurhaliza yang kekal nombor 1 sampai hari ini.
Lebih 20 tahun bertapak dalam industri dan disegani hingga melimpah ke negara sebelah.
Tokti juga ada perasaan takut, risau, gelisah semasa berada di atas pentas, sama juga apabila sudah menguasai ilmu-ilmu dan pengalaman, segala kerisauan itu dilawan dengan persembahan ikhlas dan mahu semua berpuas hati.
Kalian boleh lihat elemen-elemen kejayaan ini bukannya untuk show off, bukan juga untuk megah sana sini.
Beliau menyanyi untuk menghibur.
Sama juga dengan kita, kita berniaga untuk bantu orang lain dapatkan produk, perkhidmatan dan sebagainya.
Duit letak tepi dahulu, apabila segala apa yang kita niatkan itu untuk kebahagiaan orang lain, maka keikhlasan akan muncul, dan dari situlah kejayaan akan bertandang dengan banyaknya pintu.
Buka sahaja perlahan-lahan, nikmati dan lalui semuanya dengan baik. Kemudian terus bantu orang lain dan menjadi inspirasi ramainya orang.
Nak jadi orang hebat, kita sama-sama repair hati kita dahulu okey! Situ hebat, semua hebat.
Begitulah.
Khairul Hakimin Muhammad,
Belajar!
Kredit : Tuan Khairul Hakimin Muhammad

No comments:

Post a Comment