KISAH SITI HAJAR DAN NABI ISMAIL ALAIHISSALAM
1. Banyaknya pengajaran kisah Siti Hajar isteri Nabi Ibrahim Alaihissalam dan anaknya Nabi Ismail Alaihissalam.
2. Nabi Ibrahim dapat perintah dari Allah untuk tinggalkan isterinya dan anaknya yang masih bayi di tengah tengah padang pasir yang kering kontang dan tandus di mana takda seorang manusia pun.
3. Dengan hati yang sangat berat Nabi Ibrahim terpaksa tinggalkan kedua mereka di padang pasir. Namun Siti Hajar dengan keimanan yang tinggi dan teguh tetap taat pada suami dan perintah Allah s.w.t
4. Siti Hajar berlari 7 kali berulang alik dari Safa ke Marwah untuk mencari air kerana anaknya menangis kelaparan.
5. Dengan izin Allah keluarlah air zamzam dari tempat hentakan kaki bayi yang menangis. Dan sejak itulah sejarah bermulanya air zam zam dan pusat dunia iaitu Mekah.
6. Jika kita renung kembali kisah ini banyak sekali pengajaran dan peringatan dariNya
7. Wanita yang bernama Siti Hajar isteri kepada Nabi Ibrahim ini seorang mukminah yang sangat penyabar, tabah dan kental jiwanya. Diuji oleh Allah sepanjang hidupnya, diuji di rumahnya, diuji dengan suaminya, diuji dengan anaknya. Kuatnya jiwanya! Teguhnya imannya! Beratnya ujiannya! Kuatnya tawakkal Siti Hajar!
8. Adakah kita sebagai wanita sekuat jiwa siti Hajar? Sekuat iman siti Hajar? Kena tinggal sorang sorang di padang pasir dengan baby kecil lagi.. Bukan nak ikut suruh tinggal di padang pasir tapi jika kita semua para wanita faham betul betul cerita ini pasti kita dapat jawapan. Kita baru diuji sikit keluhan kita sepanjang hidup kan. Allahu ticer betul betul kena tampar dengan kisah ni. Sekarang kita hidup di zaman semua serba serbi ada dan cukup.
9. Ticer ingatkan diri sendiri dan semua wanita yang baca ni. Apa yang ticer faham dari kisah ini . Untunglah kita menjadi wanita, Allah akan uji hidup kita sepanjang masa sebab Allah nak bagi pahala banyak banyak kat kita. Syukurlah Allah uji kita. Sekejap diuji susah. Sekejap diuji senang.
Jika kita faham ni betul betul, hati kita tetap tenang dan redha . istilah stress , murung, semuanya akan dapat kita atasi.
10. Fahamilah menjadi seorang wanita, seorang isteri, seorang ibu hidup kita akan banyak sekali Allah uji macam macam dengan perangai suami dengan perangai anak anak dan ujian hidup.
11. Mari kita sama sama kuat jiwa kita wahai wanita sekalian. Kuatkan keimanan kita dengan jalan sabar dan solat. Sebagaimana kuat dan teguhnya jiwa dan keimanan Siti Hajar.
12. Cabaran kita sebagai wanita, seorang isteri , seorang ibu menjadi superwoman . Ingatlah kita ni role model kepada anak anak kita.
13. Bila ada anak, kita seorang ibu nak yang terbaik untuk anak anak kita. Sebab kasih dan sayang kita takkan tergamak nak biarkan anak anak kita lapar dan sakit.
Tapi bila Siti Hajar diperintahkan oleh Allah untuk sembelih anaknya Nabi Ismail , hati seorang ibu sangat sedih jika kita di tempatnya pasti hati kita hancur.
Namun sebab keimanan yang teguh, Siti Hajar tetap bertaqwa dan ikut perintahNya. Dari situlah ibadat melontar batu merejam syaitan sebanyak 7 kali menjadi rukun haji sehingga sekarang.
14. Allah berfirman , Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia menjadikan baginya jalan keluar. Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di duga.
15. Sepanjang kita hidup bertahun tahun kita sambut Aidiladha Allah dah sediakan jawapan dan solusi daripada kisah Siti Hajar , Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s
Semoga Allah berkati hidup kita.
No comments:
Post a Comment