ZAKAT EMAS DAN PERAK
Sebelum kita bincang lagi jauh pasal zakat, harini ticer nak kongsi apakah syarat syarat wajib berzakat.
Syarat-syarat wajib yang umum adalah:
1. Beragama Islam
2. Merdeka
3. Sempurna milik
4. Cukup nisab
5. Cukup haul
Sila rujuk pusat zakat untuk kadar bayaran dan cara bayaran. Boleh rujuk Pusat Zakat Selangor.
Di sini ticer hanya kongsi untuk info umum sahaja.
1. Zakat harta hanya wajib ke atas ORANG ISLAM dan HARTA ORANG ISLAM SAHAJA
2. Orang bukan islam tak dikenakan zakat tapi dikenakan cukai.
3. Jika menjalankan perniagaan share partner dengan orang bukan islam, syarat wajib zakat hanya di kira bahagian orang islam sahaja contoh seperti peratusan ekuiti atau syer atau bahagian yang dipegang oleh orang Islam.
4. Zakat hanya wajib kepada orang yang merdeka bukan hamba. Zaman 2020 hamba dah tiada maka semua wajib berzakat.
5. Zakat hanya diwajibkan ke atas harta yang dimiliki dengan sempurna dan berkuasa penuh bukan dari hutang atau milik orang lain.
6. Kadar jumlah harta minimum yang diwajibkan zakat dinamakan nisab, iaitu bersamaan kadar 85 gram emas.
7. Nilainya dalam RM bergantung kepada harga emas semasa yang ditetapkan oleh Majlis Agama Negeri masing-masing. Sila rujuk pusat zakat.
8. Maksud haul pula berapa lama tempoh harta itu dimiliki. Mesti genap setahun Hijrah iaitu 354 hari . Kiraan mengikut tahun hijrah iaitu bulan islam bukan ikut kalendar tahun masihi ( 365 hari)
9. Umat islam digalakkan keluarkan zakat harta pada bulan Ramadhan . Kenapa? Tujuannya supaya tak lupa dan mudahkan pengiraan setahun Hijrah.
10. Setelah cukup 5 syarat di atas , cukup haul setahun kalendar Tahun Hijrah kadar zakat harta yang wajib atau layak dizakatkan kadarnya adalah 2.5%
11. Namun jika haul di kira mengikut setahun kalendar Masihi , mengikut saranan oleh Accounting and Auditing Organization of Islamic Financial Institutions (AAOIFI) kadar nisab harta yang layak dan wajib dizakatkan adalah adalah 2.577%
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment