RUGI BELI EMAS TAK BELI BANYAK
Pesbuk selalu keluarkan memori tahun lepas dan sekarang .
Nampak jauh benau bezanya dengan tahun lepas.
1. Di pasaran sekarang terlalu banyak alat pelaburan sehinggakan kita sendiri keliru yang mana terbaik untuk diri kita. Saham, Unit Trust, ASB, hartanah, emas dan sebagainya.
2. Sebenarnya setiap alat kewangan ni ada kebaikan sendiri. Kita gunakan alat alat ini mengikut ilmu dan kedalaman poket kita. Sesuai dengan risiko pelaburan yang berani kita hadapi.
3. Semua alat pelaburan ni tiada satu pun yang dianggap betul-betul sempurna. Ia hanya melengkapi satu sama lain.
4. Contohnya emas. Kekurangan emas tiadanya pulangan dividen dan cara penyimpan saja yang agak berbeza berbanding alat pelaburan lain.
5. Apakah pelaburan terbaik? Jawapanya melabur pada ilmu. Jika mahu rasa untung dengan emas misalnya, perlulah rajin-rajin melabur dengan ilmu. Beli buku, baca blog yang berkualiti, tengok video yang memberi kita ilmu tentang emas.
6. Pelaburan kedua terbaik ialah pada tindakan. Bila dah ada ilmu ambil tindakan. Kalau tak ambil tindakan rugi sebenarnya. Ibarat dah tahu tapi tak buat.
7. Pelaburan ketiga terbaik ialah pada
istiqamah. Bila dah ada ilmu, dah ambil tindakan. Istiqamah dengan tindakan tersebut. Ini ilmu mahal.
8. Lepas berilmu, sabar dengan ilmu dan sabar dengan tindakan. Orang yang sabar dengan tindakan yang konsisten dan istiqamah pasti akan buahkan hasil. Ilmu, tindakan, sabar, ikhlas dan istiqamah.
9. Kalau dah faham tentang emas, dah mula menyimpan emas. Istiqamah menyimpan. Sikit atau banyak itu bergantung pada diri sendiri. Lain orang lain padangnya. Lain orang lain caranya. Bergantung pada sejauh mana disiplinnya kita dan kedalaman poket kita.
10. Lama ke lamaan kita akan merasa untungnya apabila menyimpan emas. Kalau dah rasa macam tu tiba masanya kita pula sebarkan apa kita tahu pada orang lain, supaya orang lain juga dapat merasa apa yang kita rasa sekarang.
11. Belajar 4 ilmu ini bagaimana mengurus perbelanjaan, mengurus pendapatan, mengurus simpanan dan mengurus pelaburan. Usah mudah terjebak apa apa pelaburan tanpa ilmu .
No comments:
Post a Comment