MENDOAKAN ORANG LAIN
Strategi paling bijak untuk makbul doa kita ialah dengan tidak berdoa untuk diri kita.
Eh, macamana tu? Bukan ke kita nak apa-apa kita kena minta dengan Allah ke?
Ye betul.. kalau kita nak apa-apa, memang kita kena minta dengan Allah. Kena minta dengan sungguh-sungguh. Kena minta dengan perasaan yakin bahawa Allah akan perkenankan doa kita.
Tapi ada 1 lagi cara untuk memohon hajat kita ialah dengan mendoakan agar Allah makbulkan hajat kawan-kawan kita tanpa diketahui oleh mereka.
Ahaaa.. benda ni ada disebut dalam hadith Rasulullah SAW :
مَا مِنْ عَبْدٍ مُسْلِمٍ يَدْعُو لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ، إِلَّا قَالَ الْمَلَكُ: وَلَكَ بِمِثْلٍ
“Tidak ada seorang hamba yang muslim apabila berdoa kepada saudaranya yang berjauhan (tanpa pengetahuannya), melainkan malaikat berkata kepadanya: dan bagi kamu sepertinya (seperti yang didoakan)”.
[Riwayat Muslim (4912)]
Sabda Nabi SAW lagi :
دَعْوَةُ الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ لأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ مُسْتَجَابَةٌ، عِنْدَ رَأْسِهِ مَلَكٌ مُوَكَّلٌ كُلَّمَا دَعَا لأَخِيهِ بِخَيْرٍ، قَالَ الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ: آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
“Doa seseorang muslim untuk saudaranya secara berjauhan (tanpa pengetahuannya) adalah mustajab.
Di kepalanya (yang berdoa) terdapat malaikat yang diwakilkan kepadanya, setiap kali dia berdoa kepada saudaranya dengan kebaikan maka malaikat yang diwakilkan itu akan berkata: Amin dan bagi engkau seperti itu juga (sama seperti apa yang didoakan itu)”.
[Riwayat Muslim (4914)]
Terer tak strategi ni? Kita nak sesuatu, kita doakan agar Allah kurniakan benda yang kita nak tu pada kawan-kawan kita.
Doa kita mustajab. Kemudian para malaikat juga akan berdoa benda yang sama untuk kita.
Malaikat ni kalau nak tahu, makhluk Allah yang takde dosa. Ikut semua perintah Allah sampai hari kiamat. Mesti Allah terima doa mereka.
Ok, salam Jumaat semua dan selamat beramal!
Kredit : Ustaz Khairul Anuar Basri
No comments:
Post a Comment