Sunday, 30 August 2020

BEBERAPA SITUASI TENTANG EMAS

 

BEBERAPA SITUASI TENTANG EMAS
1. Ramai tak faham konsep pelaburan emas yang betul
2. Ramai tak faham kenapa kena simpan emas
3. Ramai tak faham bagaimana nak buat simpanan atau pelaburan emas yang betul
4. Ramai tak faham bagaimana nak bezakan skim pelaburan emas scammer dengan yang sah
5. Ramai tak tahu bezakan perbezaan emas goldbar, dinar , emas 916 dan lain lain
6. Ramai tak faham 3 situasi dan attitude orang menyimpan emas.
Sekarang adalah masa berlakunya GOLD RUSH ditambah lagi kesan PKP.
Di mana berlakunya 6 kali ganda jualan mendadak sehingga stok cepat habis dan kilang emas terpaksa gandakan pengeluaran mereka untuk penuhi permintaan pelanggan.
Ticer akan sentuh beberapa isu . Antaranya isu di bawah.
1. Kenapa harga emas mahal ehh sekarang? Tunggu harga murah sikit baru saya nak beli.
2. Apabila harga emas dah murah sikit. Kenapa harga emas turun ya? Risau pulak saya, takut beli lepas tu turun lagi.
3. Saya masih tidak faham apa yang kamu mahukan? Apabila harga emas mahal, kata mahal. Apabila harga emas dah murah sikit, nak murah lagi dan risau pulak kenapa harga emas murah. Lepas tu harga emas naik balik, nak tunggu turun balik?
Penjelasannya masalah di atas adalah:
✅Harga emas ada naik dan ada turun mengikut lemah dan kuatnya wang fiat. Jika wang fiat lemah yakni merosot nilai, harga emas akan naik dan begitulah sebaliknya.
✅Ini membawa maksud harga emas tidak sentiasa naik tanpa ada turun.
✅Sebab tu bila ada mana-mana syarikat yang menganjurkan skim pelaburan emas yang sentiasa untung sahaja, baik angkat kaki cepat-cepat. Nanti menangis tidak berlagu .
✅Ramai akan nanti tertanya-tanya, jika harga ada naik dan ada turun, di mana untungnya menyimpan emas ?

No comments:

Post a Comment