Saturday, 16 May 2020

NOTA EMAS : FAKTA TENTANG EMAS


#1 Ramai rasa tak penting simpan emas sebab takda ilmu emas yang betul
#2 Ramai beranggapan simpan emas hanya buang masa dan rugi sebab ia tiada dividen. Tujuan mereka nak untung.
Tapi ramai tak tahu :
💖 Selagi tak beli dan simpan emas walaupun 0.5g perasaan atau emosi sayangkan emas takkan ada. Sebab mereka tak nampak apa value pada emas.
💖 Orang yang simpan, pegang emas fizikal emosinya berbeza dengan yang tak pernah pegang emas.
💖 Beli emas mesti dapat emas yang dapat dipegang, disentuh, dicium bau dan rasanya. Bukan dapat sijil atau nombor
💖 Emas adalah aset atau harta alih yang mudah di tunaikan semasa kecemasan
💖 Emas menyimpan value bukan nombor.
💖 Emas satu satunya aset yang tidak ada kaitan dengan sistem perbankan. Orang yang simpan emas datanya tidak ada dalam sistem perbankan.
💖 Orang yang bankrap dan muflis masih boleh beli dan simpan emas sebab hanya emas satunya aset yang takda rekod dalam sistem perbankan.
💖 Emas fizikal sesuai untuk simpanan dan pelaburan tapi barang kemas 916 tak sesuai untuk pelaburan.
💖 Bila takda ilmu emas yang betul , ramai yang main beli je emas tanpa pertimbangkan 5 faktor ini
✅ Harga rendah
✅ Spread nipis
✅ Stok tanpa terhad
✅ Cawangan jual beli yang banyak
✅ Syarat jual balik yang tak cerewet.
💖Emas sebagai money management yang baik
💖Emas sebagai ibu duit
💖Simpan 10% aset kita dalam bentuk emas . Selebihnya dalam hartanah, wang tunai dan lain lain.
💖Emas tak jadikan kita kaya tapi ilmu emas yang jadikan kita kaya
Silakan share


MOTIVASI : 10 AMALAN AHLI SYURGA

10 AMALAN AHLI SYURGA
====================
#1 Qiamullail
Allah memuliakan seorang mukmin kerana amalan tahajjudnya.
#2 Membaca AlQuran
#3 Tidak tinggalkan masjid
#4 Solat Dhuha. Hebatnya kuasa Dhuha
#5 Sedekah
Kuasa sedekah. Matematik Allah dan manusia tak sama.
Jaga sedekah setiap hari.
Amalkan sedekah subuh kerana disana Malaikat sedang menanti untuk doakan orng yng bersedekah subuh.
#6 Jaga Wudhuk
Orang yang menjaga wudhuk 5 kali sehari ibarat membersihkan diri di air sungai yang bersih.
#7 Istigfar
Cucilah hati kita dengan istigfar.
#8 Majlis Ilmu
Malaikat mendoakan orang yang berada di majlis ilmu.
#9 Memberi Makan kepada Makhluk
#10 Silaturrahim


NOTA EMAS : EMAS PELINDUNG GAWAT

EMAS PELINDUNG GAWAT - Nota 1
==========================
Branch weekly meeting. Perkongsian Tuan Samsuddin Kadir tentang emas pelindung ketika gawat. Sangat bermanfaat ilmunya.
Tuan Samsuddin Kadir adalah seorang perunding kewangan bebas dan bertauliah yang telah dijemput oleh PG untuk berkongsi ilmu tentang emas.
Antara tips dan nasihat beliau
1. Menabung ketika senang. Menuai ketika susah. Berusaha untuk menabung. Ini tanggungjawab individu.
2. Mulakan lambat lebih baik dari tak ambil cakna langsung.
3. Beriman dengan surah Yusuf ayat 43-49. Menceritakan tentang 7 ekor lembu kurus memakan 7 ekor lembu gemuk
4. Maksudnya simpan kecemasan untuk hadapi musim gawat . Contohnya sekarang fasa covid19 ramai tak boleh keluar bekerja, hilang kerja, gaji dibayar separuh, takda gaji, gaji harian. Inilah masanya kita gunakan emas yang kita simpan.
5. Cadangan simpanan kecemasan 3 bulan dalam bentuk tunai. Dan simpanan kecemasan 9 bulan dalam bentuk emas. Contoh jika gaji rm2000 sebulan x 12 bulan = rm24,000 simpanan kecemasan.
3 bulan dalam bentuk tunai = rm6,000
9 bulan dalam bentuk emas = rm18,000
6. Beruntunglah mereka yang ada simpanan kecemasan dalam bentuk emas atau tunai. Sekurangnya dapat survive untuk beberapa bulan fasa covid19.
7. Simpan emas waktu gawat boleh pajakkan emas di ArRahnu.
8. Jika musim tak gawat emas selamat di simpan sebagai simpanan kecemasan atau jangka masa panjang.
9. Jangan letak semua pelaburang dalam satu bakul. Pelbagaikan. Ada emas, ada tunai, ada dalam aset lain.
10. Bukan suruh simpan semua dalam emas. Agihkan pendapatan 10% simpanan dalam bentuk emas.
11. Emas ada beberapa jenis. Jongkong emas, dinar, syiling emas atau barang kemas perhiasaan. Strateginya tak sama. Kena ada ilmu emas. Cari ilmu emas.
12. Bayaran zakat emas dan perak ada kiraan dan syaratnya. Cukup haul dan nisabnya maka zakat wajib dikeluarkan .
13. Simpan emas boleh elakkan pembaziran atau pemborosan membeli perkara yang tak perlu. Dalam buku beliau salah satunya gunakan duit moratorium untuk beli emas . Berapa banyak nak beli emas . Bagaimana strategi membeli emas .
14. Contohnya jika dalam dompet kita ada lebihan wang tunai rm1000 dan 1 dinar bernilai Rm1000. Yang mana kemungkinan duit kita akan habis dibelanjakan dan yang mana akan selamat dari dibelanjakan?
15. Cuba lihat di rumah kita, ada tak kita terbeli benda atau perkara yang tak perlu? Ada tak kita terboros belanja atau beli makanan sehingga membazir? Makanan yang tak habis di makan dan dibuang. Ini dinamakan pembaziran.
16. Untuk elakkan pembaziran dan pemborosan . Mulakan simpanan emas . Di public gold ada banyak cara dan strategi menyimpan emas. Cari agen atau introducer yang boleh bantu .
17. Emas tiada dividen macam asb atau tabung haji. Keuntungan simpanan emas adalah melalui kenaikan harga.
Untuk dapatkan buku buku Tuan Syamsuddin Kadir, boleh klik link di bawah
Semoga bermanfaat


PGMALL : SHOP, SHARE AND EARN

Shop, Share , Earn
Q : How to generate a passive income ?
A : Be a pg’s group consumerchant, means shop and refer customers to pgmall.
Jom sharekan.



PGMALL : ECOMMERCE


ECOMMERCE PLATFORM DI MALAYSIA
==============================
Iprice adalah sebuah syarikat yang menjalankan perkhidmatan beri rating kepada platform ecommerce di platform .
Ia menilai top 50 syarikat ecommerce dan result ini di buat mengikut Quater.
Laporan ini berdasarkan Q1 pada 30 April 2020
Ia berdasarkan beberapa perkara quaterly traffic, social media follower , number of staff dan mobile application ranking.
Siapakah 50 top pemain ecommerce di Malaysia ?
Lihat list di bawah ( agak panjang )
No 3 PG Mall adalah salah seorang pemainnya.
1. Shopee
2. Lazada
3. PG Mall
4. Lelong
5 zalora
6 goshop
7 ebay
8 hermo
9 Qoo10
10 sephora
11 ubuy
12 fashionvalet
13 photobook
14 wowshop
15 ezbuy
16 althea
17. Prestomall
18 youbeli
19 decathlon
20 doublewoot
21 poplook
22 motherhood
23. Cristy ng
24 mysale
25 sports click
26 printcious
27 siti khadijah
28 mis claire
29 muslimahclothing
30 gundam
31 apple crumby & fish
32 babydash
33 sgshop
34 bodying
35 superbuy
36. Naelofarhijab
37 calaqisya
38 wedding
39 hanabella
40 radiusite
41 the one mall
42 jelitasara
43 i-pmart
44 QQ Baby shop
45 twenty3
46 bella ammara
47 summerglitz
48 nile
49 benang hijau
50 sally fashion
Sumber : iprice.my
Silakan share


PGMALL : HOT DAY SALES


HOT DAY SALES
===============
1. Setiap hari di PGMall ada 3 kali sales iaitu jam 10am, 4pm dan 9pm
2. Ada beribu product dan merchant yang menyertai sebagai seller di sini
3. Biasanya di hot day sales diskaun sehingga 80% lebih murah dari biasa
4. Ada banyak online store yang sertai hot day sales contohnya Nestle dan Mydin
5. Shop. Share. Earn bermaksud anda beli barang , anda sharekan link kepada kawan kawan , anda akan earn cashback 0.5% . Anda beli dapat cashback 0.5% , kawan anda beli pun dapat cashback 0.5%
6. Lifetime referral cashback bermula dari 0.5% sehingga 3.5%
7. Shake the world setiap hari. Tekan gambar bumi tu anda akan dapat reward setiap hari.
8. Anda hanya perlu klik di bawah dan dapat rm3 free di akaun cwallet.
9. Sila lawati pgmall.my
10. Pgmall adalah salah satu local ecommerce platform di Malaysia.
11. Tak bandingkan dengan lazada, ebay atau shoppee sebab ia adalah platform international


PGMALL : CONSUMERCHANT

CONSUMERCHANT DI PG MALL
=========================
1. Banyaknya promosi bulan May di Pgmall
2. Pgmall adalah salah satu ecommerce platform di bawah Public Gold Group.
3. Pgmall menggunakan konsep Consumerchant
4. Iaitu Shop, Share dan Earn
5. Anda daftar percuma di link di bawah dapat rm3 percuma di akaun cwallet.
6. Anda beli barang di pgmall, anda sharekan kepada kawan kawan, anda akan dapat cashback 0.5% sehingga 3.5%
7. Channel pembayaran di pgmall ada banyak untuk nikmati promosi, diskaun dan cashback. Anda nikmati cashback masuk semula dalam akaun cwallet.
8. Untuk pembayaran boleh guna Maybank QRPay, Touchngo ewallet, Boostpay dan banyak lagi
9. Anda kumpul cashback dalam cwallet , dapat buat banyak penjimatan berbelanja.
10. Berbelanja di pgmall bukan galakkan anda berbelanja sakan tapi nak bantu buat banyak penjimatan.
11. Anda nak bina pasif income di pgmall pun boleh , ia adalah kedai online milik anda sepenuhnya.
12. Berapa nak ada pasif income terpulang pada anda hanyalah sky the limit 😊
13. Contoh jika customer belanja rm100 di pgmall setiap bulan anda akan dapat cashback 0.50sen, bayangkan jika anda ada 300 customer yang berbelanja rm100 setiap bulan , maka
300orang x rm100 x 0.5% = rm150
Maka anda dah ada pendapatan pasif berbelanja free di pgmall.
14. Ambil peluang daftar link percuma , klik link di bawah
15. Nota tentang consumerchant akan diupdate setiap masa. Nantikan ebook dari iza tentang Consumerchant.
16. Sila lawati website pgmall
17. Setiap hari ada 3 kali hotday sales iaitu jam 10am, 4pm dan 9pm


COVID19 : SELAMAT HARI NURSE 2020


7 Sebab Kenapa Kalian Perlu Hormat Nurse
Tak semua orang mampu jadi Nurse. Saya cukup hormat dengan Nurse dan paling pantang mereka yang kurang ajar dengan Nurse.
1. Jantung hospital
Doktor adalah otak hospital tapi mereka ini umpama jantung hospital. Tugas amat penting dalam merawat pesakit. Melayan pelbagai karenah pesakit dan pewaris bukan mudah.
Mereka yang akan memastikan pesakit sentiasa dalam keadaan baik dan bersih. Tanpa mereka lumpuhlah hospital.
2. Rela berkorban
Kebanyakkan dari mereka tinggal berjauhan dari keluarga. Ada yang terpaksa tinggalkan anak baru berusia beberapa bulan. Bukan dekat tapi di Sabah dan Sarawak.
Hanya gambar dan video yang dikirimkan dari suami sebagai pengubat rindu dan penguat semangat untuk terus bekerja. Bukan tak mohon untuk tukar tempat kerja tapi bukan mudah untuk diluluskan. Mereka tetap sabar menunggu.
3. Tahan stress
Setakat kerja lebih masa itu perkara biasa. Kerja 14 jam sehari tak semua orang larat.
Lenguh kaki, sakit belakang, sarat mengandung semua mereka buat tak peduli. Setakat pening kepala dan rasa tak sedap badan tak mematahkan semangat untuk terus datang kerja.
4. Bukan jenis jijik
Anak sendiri nak basuh berak mak sendiri pun belum tentu sanggup. Tapi bagi mereka setakat tukar pampers, buang air kencing dan basuh berak, mereka pandang sebelah mata. Tahu-tahu pesakit dah bersih dan tersenyum ceria.
5. Sentiasa senyum
Mereka memang dilatih untuk senyum. Tanda hormat pada pesakit dan pewaris.
Biar badan letih, otak penat dan baru lepas kena herdik tapi mereka akan tetap senyum.
6. Ikhlas dalam bekerja
Kalau nak ikut gaji mereka tak padan dengan kerja mereka dengan penat lelah dan tanggungjawab yang mereka pikul.
Mereka kerja demi rezeki yang halal dan bantu keluarga. Kerja tak berkira. Selagi mereka boleh bantu,mereka bantu.
7. Tak lokek
Kalau mereka masak mesti mereka ajak makan sekali. Padahal masak untuk mereka je.
Masakan pula stail mak-mak. Geng doktor buat muka tak malu mesti tak lepaskan peluang. Ngap sekali!
Sebab itulah kalian perlu hormat pada Nurse. Beri kerjasama dan jangan buat perangai pelik-pelik. Hormati mereka.
Selamat Hari Jururawat 2020 saya ucapkan pada semua jururawat di Malaysia.
Kalian adalah hero dan heroin yang tak didendang!
Saya banyak berkongsi ILMU MAHAL di channel telegram saya.

FAMILY : AIR FRYER

MUDAHNYA MASAK DENGAN AIR FRYER
================================
Apa sebenarnya air fryer ni?
Air fryer ni adalah satu alat perkakas dapur yang fungsinya untuk goreng makanan tanpa minyak, orang kata lebih sihat dan bebas minyak .
Nak bagitau berita baik untuk para suami yang sayangkan isteri tu
Jika ada niat nak bagi hadiah sempena hari anniversary ke, birthday isteri ke, apakata hadiahkan para isteri ni belikan mereka Air Fryer 😉💖
Beli jer benda ni sebab apa? Sebab nak bantu isteri jimatkan banyak masa kat dapur terutama waktu memasak.
Kan mudah tu. A happy family is happy wife 😁
Nak jadi suami solehh dan banyakkk rezeki belikan je para isteri Air fryer ni. Takyah pikir jauh jauh hehe.
Jadi boleh terangkan kat isteri apa kebaikan dan fungsi air fryer ni.
1. Disebabkan air fryer ni tak gunakan minyak jadi bila memasak tanpa minyak menggoreng dapat kurangkan sehingga 80% kandungan lemak.
Dah boleh nikmati ayam goreng, kentang goreng, nugget,
2. Bukan untuk goreng je tau boleh buat bakar ayam, bakar kek, pizza
3. Boleh kawal suhu dan masa memasak.
Sebenarnya orang perempuan ni suka benda benda yang memudahkan mereka masak.
Tak kisahlah suri rumah, ibu bekerja, dah kahwin tak kahwin asalkan memudahkan kerja kat dapur.
Lebih lagi bab memasak dan mengemas.
Ada rezeki lebih disarankan beli je air fryer ni.
Bila kerja rumah dimudahkan , cepat , kuranglah stress dan ibu ibu tak perlulah lama2 kat dapur.
Contoh nak masak ayam masak merah.
Ikut cara konvesional ayam kena goreng dulu di dalam minyak yang banyak .
Kemudian baru masak sambal , sambal tu pun nak bagi betul betul masak ambil masa yang lama .
Kalau ada air fryer ni boleh buat 2 kerja dalam 1 masa.
Sambil masak sambil dan air fryer guna untuk goreng ayam . Bila ayam dah masak sambal pun siap terus je masukkan ayam dalam sambal.
Siaplah ayam masak merah faveret family kan .
Para isteri yang rajin tu macam macam resepi keluar hasil air tangan guna air fryer.
Ayam bakar ala mcd ala kenny rogers . kentang goreng ala mcd. Siap boleh buat buku resepi 😆😆