Saturday, 9 May 2020

FAMILY : TIPS JIMAT BELI LAMPIN BAYI

Tip Bijak Jimat Beli Lampin Bayi
Semua ibu bapa nakkan yang terbaik untuk bayi kecil mereka especially untuk first child.
Selalunya perkara yang dititikberatkan adalah cara penyusuan, susu formula terbaik, pakaian bayi dan kain lampin yang sesuai.
Semua ini perlukan kos dan belanja. Pemilihan kain lampin memang penting untuk keselesaan bayi dan ikut budget poket kita.
Jadi bagaimana nak berjimat?
Bagaimana nak beli lampin bayi dengan harga berpatutan?
1. Lampin kitar semula
Ada syarikat yang keluarkan jenis lampin kitar semula. Zaman teknologi tinggi sekarang ni jenis kain lampin ini boleh dipakai dengan seluar kalis air atau dengan lapisan serbet yang mudah dibasuh. Saiz lampin pun boleh dilaras .
Ini dapat jimatkan wang daripada keluar setiap bulan.
2. Pilih harga dan tawaran yang lebih murah
Anda boleh bandingkan harga online dengan pasaraya. Biasanya jenama lampin akan tawarkan kupon istimewa bagi pembeli online.
Tawaran ini biasanya harga lampin lebih murah dari harga asal.
Ibu bapa yang bijak biasanya akan ambil peluang ini untuk beli secara pukal untuk stok simpanan berbulan.
3. Saiz yang sesuai untuk bayi
Saiz new born untuk bayi di bawah berat 3kg.
Saiz S untuk bayi 3kg hingga 7kg
Saiz M untuk 6 – 11kg
Saiz L untuk 9 – 14kg
Saiz XL untuk 12 – 17kg
Saiz XXL untuk 15 – 25kg
Jika bayi masih kecil tak perlu beli banyak sebab bayi makin lama akan membesar.
Saiz yang betul penting sangat. Tak terlalu ketat atau terlalu besar.
Ada dua jenis lampin pakai buang iaitu lampin yang berpelekat dan lampin seluar.
Biasanya lampin seluar diberikan kepada bayi yang sedang aktif.
4. Kadar serapan yang baik
Ibu perlu perhatikan pemakaian kain lampin dengan rekasi kulit bayi. Pilih kain lampin yang mempunyai kadar serapan yang baik.
Ada tak timbul ruam, melecet atau kesan merah? Kulit baby memang sensitif.
Sebenarnya tak perlu beli yang terlalu mahal. Asalkan ia serasi dengan kulit baby. Namun jangan beli yang terlalu murah sebab takut ada kesan lain pada kulit baby.
Cari lapisan yang cepat kering dan tak mudah bocor. Kain lampin yang baik adalah yang dapat serap dan kunci cecair agar kulit baby kekal kering. Lampin yang cepat basah akan buatkan baby dapat ruam lampin.
Semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment