Friday, 8 May 2020

MOTIVASI : KAKI SEBELAH TAKDA, KAKI SEBELAH CARI REZEKI JUAL BESI



KAKI SEBELAH TAKDA, KAKI SEBELAH CARI REZEKI JUAL BESI 😢
Perkongsian Ustaz Ebit Lew
Sebak menangis bila tengok gambar adik Mohd Hasraf bin Mohd Yazid seorang anak muda prihatin keadaan Pakcik Ismail. Tahniah adik. Ramai tag saya di fb asyraf. Dari hospital Serdang terus ke sini di sri Damansara. Kasihan pakcik ni. Terperangkap disini. Kaki sebelah tiada. Dengan kaki sebelah cari rezeki jual besi. Itulah pendapatan hidupnya. Tengah malam tadi orang Tag saya. Rasa dah tak boleh nak tidur.
Isterinya ada masalah mental. Anak 2 orang masih bersekolah. Seorang sek menengah. Seorang sekolah Rendah. Setelah memujuknya kerana terperangkap disini hujan panas dekat khemah bawah jambatan.
Dengar kisah hidupnya saya menangis. InsyaAllah saya tengah tunggu lori untuk bawa pakcik ni balik ke rumahnya di sg buloh. Saya beli semua besinya dengar harga mahal sedikit. Bagi duit belanja. Pakcik ni susah. Dia nak motor roda 3 untuk cari rezeki lepas PKP.
Saya insyaAllah niat nak hadiahkan motor roda 3 padanya. Terima kaseh Muhammad Azizul Fauzi..Adik Mohd Hasraf bin Mohd Yazid yang peduli nasib pakcik ini, Azman Maat, aen rahim aris, Ahmad Ajai, dan Nazir. Syukur kenal ramai anak muda yang bersama saya dalam PKUM.

No comments:

Post a Comment