Kebaikan Qailullah / Day Napping
Apakah Qailullah?
Ialah tidur sebentar di siang hari.
Mereka yang melakukan qailullah atau tidur sebentar 10-40 sebelum zohor akan dapat kerehatan yang cukup. Boleh juga dilakukan selepas zohor.
Sabda Rasullah s.a.w "Lakukanlah Qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani Qailulah" (Riwayat ai-Tabrani)
Menurut kajian, 1 minit Qailullah kualitinya sama dengan 45 minit waktu tidur di waktu malam.
Jadi jika buat Qailullah 15 minit InshaAllah kita sudah boleh bangun solat malam tanpa rasa mengantuk.
Orang barat panggil ia sebagai nap.
Mereka buat nap biasanya dari 2-4 petang.
Mengikut kajian juga
1. Amalan nap dapat elak sakit jantung
2. Setelah manusia berjaga 7-8 jam ia perlukan rehat. Jika kita bangun seawal 4.30 pagi jadi jam 12 atau 1 tengahari dah boleh nap sebentar.
3. Selepas nap biasanya kita akan rasa pening sedikit tapi ia akan bagi kesan mendadak pada emosi , kecerdasan dan fokus.
4. Tingkatkan kognitif dan kreativiti
5. Waktu tengahari masa paling sesuai untuk tidur sekejap. Fasa ini disebut sebagai 'a midafternoon quiescent phase'
Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan.
Donald Greeley seorang pengkaji barat , telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalah bermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.
No comments:
Post a Comment