Ramai yang tersontot dengan skim skim pelaburan . Nak labur duit jadi lebur.
Emas adalah industri evergreen yang dah wujud berkurun lamanya.
Industri kewangan adalah industri evergreen yang dah wujud berkurun lamanya. Manusia perlukan alat mata wang untuk lakukan transaksi jual beli.
Dalam industri kewangan wujudlah alat alat simpanan dan pelaburan çontoh macam takaful, tabung haji, epf , emas, saham, tukaran matawang asing, hartanah, bitcoin dan lain lain lagi.
Setiap alat ini hanyalah alat untuk capai matlamat kewangan untuk tingkatkan lagi value kehidupan manusia.
Mereka yang pernah kena tipu, rugi akan cakap
Takaful tipu
Saham tipu
Emas tipu
Hartanah penipu
Bitcoin tipu
Kenapa ini terjadi? Sebab kurangnya ILMU di dada. Kita terima sahaja kata kata pembongak dan terus percaya mereka.
Tanpa lakukan apa apa kajian atau bacaan. Kajian apa ? Berapa banyak buku dah baca? 1? 5 ? 10? 30? 50? Takda?
Lalu datanglah si pembongak si penipu bernama scammer tadi menjalankan misi misi duniawi mereka bertopengkan atas nama saham, atas nama emas, atas nama skim itu dan ini. Padahal semuanya pembongak!
Semua industri di atas dah lama wujud. Semua industri ni tak salah. Industri takaful tak tipu. Industri saham tak tipu. Industri emas tak tipu.
Yang menipu tu adalah manusia. Perangai manusia yang tamak haloba. Ikut cara mereka semua halalan. Semua nak shortcut. Nak kaya shortcut. Nak duit shortcut. Nak kaya cepat . Nak duit cepat.
Semoga mati pun cepat
Fikir fikirkan

No comments:
Post a Comment