Friday, 8 May 2020

COVID19 : DIY TAUGEH


DIY TAUGEH DI RUMAH 😄
Perkongsian Fb Mohd Zaidi Ismail
Aktiviti Semasa PKP
DIY Taugeh, 4 Hari Dah Boleh Makan
Peralatan :
i. Botol Mineral 5L atau 1.5 L
ii. Pisau
iii. Kacang Hijau 250 gm ( RM2. 60)
iv. Plastik Hitam
Cara Membuat
i. Potong botol mineral dengan ketinggian antara 7cm hingga 9 cm
ii. Tebuk lubang halus dibahagian bawah botol
iii. Rendam kacang hijau selama 11 hingga 12 jam
iv. Setelah selesai rendaman tos dan masukkan kedalam botol mineral yang telah siap ditebuk lubang
v. Bungkus dengan plastik hitam.
vi. Siram dengan air biasa dengan kadar 2 kali sehari ( pagi dan petang)
vii. Dalam masa 4 hari boleh menikmati hasil taugeh drp 250 gm kacang boleh memperolehi anggaran 2kg taugeh
" Selamat Mencuba" & Share semoga yang lain dapat manfaat

No comments:

Post a Comment