LADANG PAHALA WANITA ADALAH DI RUMAH
Ceramah ini di sampaikan oleh ustazah asma harun
Dipetik dari Hadis Nabi sahih
Wanita boleh masuk mana mana pintu yang ia suka dengan syarat 4 perkara mereka yang
1. Menjaga solat
2. Menjaga puasa
3. Jaga maruah
4. Taat suami
Berbahagialah jika wanita ada ke empat empat perkara.
No 4 tu taat kepada suami. Dalam rumahtangga pasti ada banyak babak indah tak indah suami isteri dan anak anak.
Wanita yang taat dan patuh bermakna sedang taat dan patuh pada perintah Allah. Buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
Soalan : Ustazah , sampai bila kita nak hormat suami ?
Ustazah jawap : sampai bila bila sampai mati
Soalan: Ustazah, macana kita nak hormat suami kalau suami tak sembahyang, tak kerja, pemalas?
Ustazah jawab.
Gini. Suami adalah pinjaman dari Allah.
Memang dalam rumahtangga ustazah terima banyak sekali masalah rumahtangga.
Ni cerita pasal suami malas solat, tak solat 5 waktu, tak solat jumaat, tak kerja, pemalas, suka tengking, suka jerit, panas baran, tak bantu kerja rumah, suami ego, pukul anak, pukul isteri, guna duit isteri, tak bagi duit, tak bagi nafkah, suka enjoy, kaki perempuan dan macam macam lagi.
Suami dan anak anak adalah pinjaman dari Allah. Allah suruh kita taat suami maka taatlah. Buatlah taatlah niatlah kerana Allah. Niatlah nak capai redha Allah. Bila suami buat perangai kita wajib taat kerana Allah.
Seorang isteri akan diuji dengan suaminya sampai mati. Taatlah sehingga pahala itu di catat sebagai golongan As Sobirin iaitu orang orang yang sabar.
Bila datang ujian dari suami, segala masalah dan ujian jika kita simpan dendam, marah, kecewa maka akan jadi pemberat dalam hidup. Jadi bungkuslah segala masalah tadi dan serahkan bulat bulat kepada Allah yang memberi masalah dan Allah akan hantar malaikat untuk catit sebagai pahala orang yang sabar.
Ramai wanita tak faham . Mudahnya kita kumpul pahala dari suami. Jika sehari kita sabar 30 kali pada suami. Allah catit 30 pahala sabar. Ladang pahala seorang wanita dan isteri adalah di rumahnya sendiri bukan di pejabat atau di luar.
Nanti di dalam syurga Allah beri salam pada golongan As Sobirin dengan semua malaikat akan bangun dan tunggu di pintu syurga.
Sebenarnya bila datangnya ujian dari para suami dan anak anak itu sebenarnya adalah ujian dari Allah. Mereka hanyalah perantara sahaja. Allah uji dan nilai samada kita sabar atau tidak.
Apa perlu seorang isteri buat jika diuji dengan suaminya atau masalah dalam hidup ?
Allah bagi tipsnya.
Bila hambaKu ditimpa musibah , ucapkanlah
INNALILLAHI WAINNA ILAIHI RAJIUN..
Serahkan dan bungkuslah segala masalah kita kepada Allah . Allah sendiri akan selesaikan masalah kita.
Sebenarnya sebutan Innalillah ini bukan hanya kematian sahaja tapi banyak perkara. Bila rasa nak marah anak tumpahkan air Innalillah, bila suami tak bagi duit belanja Innalillah dan sebagainya .
Allah berkata jika hambaKu diuji dan sekiranya dia bersabar, aku akan hantar bersamanya malaikat untuk mencatit pahala orang orang yang sabar.
Nak sabar dengan taat perintahNya juga satu ujian. Sabar itu mahal . sebab itu syurga Allah mahal dan hanya untuk orang orang yang sabar .
2 April 2020
Iza Sukiman sedang belajar perbaiki diri.

No comments:
Post a Comment