Friday, 8 May 2020

NOTA EMAS : HARGA EMAS

Gais,
Apabila berlaku krisis, emas biasanya menunjukkan prestasi yang luar biasa.
Untuk memahami perkara ini, saya akan buat analisis prestasi emas ketika krisis kewangan tahun 2008.
Sebelum berlakunya krisis Covid-19 tahun 2019 sehingga sekarang, krisis yang pernah melanda dunia ialah krisis kewangan tahun 2008.
Krisis ini bermula pada Disember 2007 (gambar A) dan berakhir pada Jun 2009 (gambar B)
Pada kemuncak krisis ini iaitu sekitar Oktober 2008, pasaran saham dan emas jatuh teruk. Ini kerana aset-aset ini dijual bagi mendapatkan kecairan.
Namun, selepas itu harga emas mulai pulih dan emas berada dalam trend kenaikan harga hampir 3 tahun!
Trend kenaikan harga emas bermula pada Oktober 2008 sehingga 4 September 2011 (waktu tu harga emas mencecah 1920 USD/Oz)
Setelah naik 3 tahun, barulah emas dalam trend menurun (bearish).
Baik, kita lihat situasi sekarang. Kes koronavirus mula dikesan pada Disember 2019. Ia memberi impak negatif pada bulan 3, tahun 2020. Harga emas jatuh daripada USD 1703 kepada USD1450 (kejatuhan 14.86%) dalam masa 2 minggu.
Namun sekarang emas sudah recover kepada USD1670.
Dijangkakan ekonomi US dan dunia akan mula mengalami kemelesetan akibat kehilangan pekerjaan secara besar-besaran dan penutupan kilang-kilang.
Adakah emas boleh memulakan trend menaik.
Jawapan: Jika krisis 2008 dijadikan kayu ukur. Saya berani cakap YA!.
Bagaimana dengan silver? Bagi saya silver akan ikut kat belakang. Sebagai logam industri, bila krisis covid-19 semakin reda, kilang mula dibuka dan permintaan silver oleh sektor industri meningkat, maka kita dapat lihat silver menunjukkan taringnya!
Apa pelan tindakan? Beli emas dan perak sekarang dan HOLD. Pegang untuk 2-3 tahun.
Kredit : Tuan Syukor Hashim


No comments:

Post a Comment