7 Sebab Kenapa Kalian Perlu Hormat Nurse
Tak semua orang mampu jadi Nurse. Saya cukup hormat dengan Nurse dan paling pantang mereka yang kurang ajar dengan Nurse.
1. Jantung hospital
Doktor adalah otak hospital tapi mereka ini umpama jantung hospital. Tugas amat penting dalam merawat pesakit. Melayan pelbagai karenah pesakit dan pewaris bukan mudah.
Mereka yang akan memastikan pesakit sentiasa dalam keadaan baik dan bersih. Tanpa mereka lumpuhlah hospital.
2. Rela berkorban
Kebanyakkan dari mereka tinggal berjauhan dari keluarga. Ada yang terpaksa tinggalkan anak baru berusia beberapa bulan. Bukan dekat tapi di Sabah dan Sarawak.
Hanya gambar dan video yang dikirimkan dari suami sebagai pengubat rindu dan penguat semangat untuk terus bekerja. Bukan tak mohon untuk tukar tempat kerja tapi bukan mudah untuk diluluskan. Mereka tetap sabar menunggu.
3. Tahan stress
Setakat kerja lebih masa itu perkara biasa. Kerja 14 jam sehari tak semua orang larat.
Lenguh kaki, sakit belakang, sarat mengandung semua mereka buat tak peduli. Setakat pening kepala dan rasa tak sedap badan tak mematahkan semangat untuk terus datang kerja.
4. Bukan jenis jijik
Anak sendiri nak basuh berak mak sendiri pun belum tentu sanggup. Tapi bagi mereka setakat tukar pampers, buang air kencing dan basuh berak, mereka pandang sebelah mata. Tahu-tahu pesakit dah bersih dan tersenyum ceria.
5. Sentiasa senyum
Mereka memang dilatih untuk senyum. Tanda hormat pada pesakit dan pewaris.
Biar badan letih, otak penat dan baru lepas kena herdik tapi mereka akan tetap senyum.
6. Ikhlas dalam bekerja
Kalau nak ikut gaji mereka tak padan dengan kerja mereka dengan penat lelah dan tanggungjawab yang mereka pikul.
Mereka kerja demi rezeki yang halal dan bantu keluarga. Kerja tak berkira. Selagi mereka boleh bantu,mereka bantu.
7. Tak lokek
Kalau mereka masak mesti mereka ajak makan sekali. Padahal masak untuk mereka je.
Masakan pula stail mak-mak. Geng doktor buat muka tak malu mesti tak lepaskan peluang. Ngap sekali!
Sebab itulah kalian perlu hormat pada Nurse. Beri kerjasama dan jangan buat perangai pelik-pelik. Hormati mereka.
Selamat Hari Jururawat 2020 saya ucapkan pada semua jururawat di Malaysia.
Kalian adalah hero dan heroin yang tak didendang!
Saya banyak berkongsi ILMU MAHAL di channel telegram saya.
Dr
Ahmad Samhan
No comments:
Post a Comment