Saturday, 16 May 2020

COVID19 : THE NEW NORMAL


KESAN COVID19
Selagi tak jumpa vaksin atau ubat selagi itulah kita kena hidup dengan covid.
Kesannya lama dan panjang. Bersediakah kita mental dan fizikal.
Kata kata ini dari Dr Noor Hisham.
Hidup kena teruskan. Takkan kita selama lamanya duduk di rumah tak buat aktiviti di luar.
Tahun 2020 adalah tahun yang sangat mencabar . Diuji dengan fasa virus yang melanda satu dunia.
Belum lagi cakap soal semua bisnes jatuh merudum , yang hilang kerja pun ramai.
Aktiviti belajar, aktiviti bisnes, aktiviti sosial, aktiviti ekonomi kena digerakkan . Tapi ada kekangan dan langkah langkah keselamatan yang perlu diambil.
Semuanya akan jadi The New Normal .
Kita kena terima hakikat, selagi vaksin dan ubat belum di jumpa kita kena hidup dengan covid19 berterusan untuk tempoh 2 tahun ! Fakta dari Public Health Malaysia.
Jadi antara rutin yang kita kena bersedia dengan The New Normal antaranya
1. Mempraktikkan amalan kebersihan diri dan tangan
2. Kerap membasuh tangan dengan betul dengan air dan sabun, atau dengan hand sanitizer.
3. Menggunakan topeng muka.
4. Mengamalkan penjarakan sosial, sekurang-kurangnya menjaga jarak di antara kita satu meter daripada satu orang dengan orang yang lain.
.
The New Normal yang perlu elakkan adalah
● Elakkan berada di Kawasan yang sesak atau ramai orang (crowded area)
● Elakkan berada di dalam Kawasan yang tertutup (confine space)
● Elakkan bercakap pada jarak yang dekat (kurang dari satu meter) (close conversation)
.
Malah pesanan demi pesanan dari PM TSMY bulan ramadhan dan syawal ini
● Amatlah penting untuk kita tidak balik ke kampung untuk menyambut sebarang keramaian atau untuk berhari raya.
● Sayangilah warga emas, mereka berisiko tinggi sekiranya terdedah kepada covid-19.
● Jangan adakan rumah terbuka ketika hari raya tahun ini
● Jangan keluar rumah sekiranya tiada keperluan.
Kita mesti jaga kita.
Kita mesti jaga keluarga kita.
Kita mesti jaga masyarakat kita,
Kita mesti jaga negara kita.
Kita lah barisan hadapan yang sebenar.
Kredit: AP Dr Farizah Bt Mohd Hairi, Dr Zaki Hilmi
Sumber gambar : Dr Farizah & Dr Zaki Hilmi Public Health Malaysia

No comments:

Post a Comment