Friday, 8 May 2020

COVID19 : TULISLAH


Perkongsian dari fb Zamri Mohamad
Ibu-ibu di Facebook.
Ini bacaan petang puan-puan.
Bacalah.
Menulis buku pada waktu #covid19 sudah tahap wajib?
Wabak ini datang dan pergi.
Pada tahun 1918, berpuluh juta mati dan 500 juta orang terkesan disebabkan Spanish Flu.
Sekarang datang pula Covid-19.
Hari-hari kita lihat graf dan baca berita.
Pada masa ini, waktu yang sesuai kepada ibu-bapa yang ada anak-anak kecil dan remaja selalulah mencatat bagaimana mereka menguruskan hidup pada waktu #covid19
Kisah hidup kita menyentuh perkara-perkara ini.
1. Turun naik emosi dalam melalui keadaan ini.
2. Bagaimana mengurus jangkaan keluarga.
3. Perubahan cara bekerja sudah berbeza.
4. Pandangan hidup kita dalam situasi ini.
5. Perjalanan hidup pasangan hidup.
6. Bagaimana anak-anak melalui situasi.
7. Panduan mengurus kewangan.
8. Perkara baharu dipelajari dan dikuasai.
9. Kata-kata sekitar yang memberi kesan.
10. Cerita sekeliling dekat dan jauh.
11. Aturan baharu yang dilakukan pemerintah.
12. Bagaimana termakan atau menolak berita bohong yang diviralkan.
13. Aktiviti ibadah dan doa yang diamalkan.
14. Kejayaan dan kegagalan yang berlaku sepanjang wabak.
Ibu-bapa yang rajin mencatat sekarang akan mula mempersiapkan kehidupan anak-anak mereka yang akan berhadapan situasi yang sama pada zaman mereka.
Pada waktu itu, mereka lebih tenang.
Sebabnya, pada waktu kita hidup, kita sudah mempersiapkan buku sebagai manual dan inspirasi hidup
Belajar menulis kisah hidup atau buku panduan tak rugi.
Tulislah dari Facebook menjadi buku.
Panduan untuk yang menulis buku pertama tanpa perlukan bakat.
Bertindak sekarang. Klik link di ruangan komen pertama.
Kredit : Zamri Mohamad

No comments:

Post a Comment