Friday, 8 May 2020

PENGURUSAN HUTANG


Pengurusan Hutang
1. Buat persediaan mental dan fizikal
2. Jangan tambah hutang baru
3. Bincang bersama pasangan tentang status kewangan keluarga.
4. Tuliskan semua hutang kita. Dari yang kecil hingga ke besar. Update dah berapa banyak bayar dan baki hutang.
5. Susun semua hutang. Boleh guna teknik snowball untuk langsaikan semua hutang yang paling kecil dulu atau interest yang paling tinggi.
6. Tarik nafas dan tenangkan diri. Yakin pada Allah yang hutang kita akan selesai.
7. Jika ada aset cair yang boleh kita tunaikan untuk langsai hutang.
8. Jika yang ada simpan emas mungkin boleh jual atau pajak di Ar Rahnu untuk langsaikan hutang.
9. Yakin selepas kesukaran pasti ada kemudahan dan kesenangan
10. Jaga kesihatan. Makan makanan yang sihat dan doa supaya Allah beri kesihatan yang baik dapat langsaikan hutang.
11. Berazam untuk tidak tambah hutang baru.
12. Berazam untuk keluar dari masalah hutang dan capai financial freedom.
13. Cari dan tambah pendapatan kedua. No alasan.
14. Buat wasiat. Yang ini pun saya belum buat lagi.
15. Solat sunat 2 rakaat atau lebih minta pertolongan Allah moga diberi petunjuk dan diberi jalan keluar.
16. Banyakkan sedekah dan memberi walaupun sedikit.
17. Jika liat bayar hutang, fikir kalau aku mati esok macana nanti roh tergantung dan tak tenang. 🙇 Ingat mati.

No comments:

Post a Comment