Kenapa ada individu yang memang suka simpan emas?
Salah satu sebab adalah mereka boleh jadikan emas sebagai modal pusingan business.
1. Ada individu yang pilih emas untuk mereka pusing modal bisnes.
2. Ada untung sikit beli emas. Dapat untung sikit kumpul gram emas.
3. Mereka beli emas dan pakai sebagai perhiasan.
4. Tiba masa nak guna duit untuk pusing modal business mereka pajak emas di Ar Rahnu.
5. Dapat untung business bayar balik pinjaman Ar Rahnu dan tebus balik.
6. Emas dapat , untung bisnes pun dapat
7. Ada yang buat bisnes secara projek basis. Jadi perlukan duit tunai segera untuk duit modal bila dapat projek. Jadi langkah untuk dapat tunai segera adalah pajak emas di ArRahnu.
8. Bila dapat payment dari projek tadi bayar semula pinjaman Ar rahnu dan tebus semula emas.
9. Emas bertambah, bisnes pun berkembang.
10. Pinjaman di Ar Rahnu tak perlukan slip gaji atau bank statement mereka hanya nak emas sebagai cagaran. Selepas sahkan timbangan dan ketulenan emas Ar Rahnu akan beri pinjaman sehingga 75% ( tertakluk pada terma dan syarat)
11. Berbanding dengan buat personal loan di bank perlukan slip gaji atau penyata bank 3-6 bulan.
12. Banyak sekali cerita emas usahawan wanita berjaya dan hebat menggunakan emas sebagai modal pusingan bisnes mereka.
Iza Sukiman
Menulis cerita emas

No comments:
Post a Comment