Home Kitchen Organizer
Beberapa tips bagaimana susun bekas rempah ratus .
Setiap dapur mesti ada gunakan rempah ratus asli digunakan untuk memasak. Memang tak sah kalau takda kan .
Rempah ratus yang selalu di guna dalam masakan macam lada hitam, lada putih, biji sawi, bunga lawang, biji ketumbar, jintan manis, jintan putih, kayu manis, buah pelaga, serbuk kunyit, halga dan lain-lagi.
Walaupun dapur kecil sebenarnya takda masalah , ia bergantung pada kreativiti masing masing macana nak letak susunatur bagi nampak kemas dan cantik.
Ada beberapa jenis dan cara bagaimana nak lebih kreatif susunatur rempah ratus kat dapur korang.
1. Rak dinding
Ada orang suka gunakan rak dinding untuk susun pelbagai rempah ratusnya. Katanya lagi bersemangat untuk memasak. Gitu ... !
2. Gunakan Bekas Jar
Lepas masak spagetti mesti sayang nak buang bekas jar tu kan. Dari dibuang gunakan untuk isi rempah ratus dan labelkan.
3. Laci
Ada yang rasa serabut tengok rak kat dinding, lebih suka simpan dalam laci. Boleh juga.
Masukkan dalam bekas bekas kecil. Labelkan dan susun dalam satu drawer khas untuk rempah ratus. Settle kan.
5. Kabinet rak
Tak perlu nak upah orang untuk buat design khas untuk letak rempah. Maybe korang boleh cari stick storage rack yang macam dalam gambar tu untuk organise tempat letak rempah ratus . Mudahkan . 
6. Magnetic Jar
Cara ni agak rare tapi ada orang buat. Kena beli jar bermagnet dan lekat di peti ais atau kawasan berbesi.

No comments:
Post a Comment