KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INDUCTION COOKER
Musim pkp lagi lagi Ramadhan ni memang macam macam kan nak makan nak masak.
Ini ada beberapa tips sesiapa yang sedang cari induction cooker.
Buat keputusan yang bijak 
Antara kebaikannya adalah:
1. Ia kecil dan ringan jadi mudah diangkut ke mana je.
2. Tak perlukan ruang memasak yang besar.
3. Proses masak lebih pantas.
4. Tak perlu menggunakan gas, hanya plug-in. Dah jimat tak perlu beli tong gas yang mahal dan gedabak berat
5. Pemanasan yang sekata. Pasang kipas pun tak padam.
6. Ada timer , senang nak tetapkan masa, tekan ON dan tekan je apa yang kita nak contoh button Fry untuk menggoreng, Warm untuk panaskan lauk dan button kukus.
7. Jimat masa
8. Tiada kenaikan bil elektrik.
9. Bontot kuali pun tak hitam 
Setiap benda ada kelebihan dan ada juga kekurangannya...
1. Kekurangan induction cooker kita hanya boleh memasak dengan menggunakan periuk atau pan yang diperbuat daripada bahan logam telap medan magnet.
2. Hanya memasak jika mempunyai sambungan tenaga elektrik.
3. Hanya pan atau periuk dengan permukaan bawah yang rata sahaja boleh digunakan. Jika nak jimat boleh cari jenis kuali industion cooker di kedai MR DIY. Harga pun jimat. Tak perlu nak beli harga periuk yang beratus ratus.

No comments:
Post a Comment