BERHATI-HATI SEBELUM MENGIKUT NASIHAT INSTANT FINANCIAL ADVISER!
1. Beberapa orang pembaca telah menghantar beberapa link audio dan video kepada saya sejak dua menjak ini. Rakaman audio dan video tersebut berkisar tentang Covid-19, PKP dan strategi kewangan yang dicadangkan oleh beberapa orang instant financial adviser!
2. Walaupun saya tahu kumpulan instant financial adviser ini berniat baik dan mahu menolong orang lain, tetapi saya perlu mengingatkan anda untuk berhati-hati sebelum mengikut strategi kewangan yang mereka syorkan. Ini adalah kerana sesetengah daripada strategi kewangan yang mereka syorkan itu mungkin kurang tepat atau pun salah sama sekali. Worse, even these instant financial advisers sendiri pun tak sedar yang strategi mereka syorkan itu silap!
3. Bear in mind, saya tak kata semua strategi kewangan yang mereka syorkan itu salah. Saya pasti akan ada yang betul. Malangnya, ada juga strategi kewangan yang kurang tepat. Bagaimana anda sebagai Joe Public boleh mengenal pasti yang mana yang betul dan yang mana yang kurang tepat?
4. FYI, saya hanya mengikut strategi2 kesihatan yang disyorkan oleh para doktor. Saya lakukan begini kerana para doktor adalah pakar tentang kesihatan – they spent years studying medicine. They have the training, experience, compassion dan juga the big picture view. Jadi mereka ini adalah pakar kesihatan. Dan oleh kerana philosophy kehidupan saya ialah untuk mendengar nasihat daripada pakar, saya hanya mendengar kata2 mereka, and ignore everything else!
5. Likewise, saya juga mengesyorkan anda untuk mendengar nasihat kewangan daripada pakar2 kewangan i.e. pemegang ChFC, CFP, IFP atau CMSRL. They are the experts on money matters and their thoughts are more likely to be correct jika dibandingkan dengan nasihat daripada kumpulan instant financial adviser tadi.
6. Ofkoz, anda boleh dengar nasihat yang disyorkan oleh kumpulan instant financial adviser tadi. Just remember yang survival diri dan keluarga yang sedang dipertaruhkan di sini!
Kredit : Azizi Ali Mentor Wang

No comments:
Post a Comment