Friday, 8 May 2020

MOTIVASI : DOA ASHABUL KAHFI


MAHU URUSAN DI MUDAHKAN ? BACA DOA AJAIB NI .. 💖
Ceramah ini disampaikan oleh Ustazah Asma Harun .
Iza ringkaskan tulisan ni.
Ada satu doa yang penting yang kita kena baca setiap masa apabila hadapi masalah dalam setiap urusan kehidupan.
Bismillahirrahmanirrahim..
Ya Allah berikanlah kami disisimu keberkatan. Ya Allah tunjukilah dalam urusan kami petunjukmu yang jelas.
Doa ni kita baca semasa nak buat keputusan yang penting. Tak kisahlah apa apa sahaja. Kita nak minta petunjuk dari Allah. Selesai baca doa ni keputusan yang kita buat kita rasa lebih yakin sebab itu lah petunjuk yang Allah beri. Nanti Allah lorongkan satu persatu . Hati pun lebih tenang.
Supaya kita tak tersalah buat keputusan. Sebab akal manusia terbatas. Tapi Allahlah Maha Mengetahui segalaNya..
Sebab apa selalu kita buat keputusan ikut akal kita. Kita bertanya pada manusia untuk buat keputusan. Yang mana kadang kita selalu buat silap bila kita tak bertanya pada Allah dulu. Kita buntu dengan masalah, buntu nak buat keputusan.
Contohnya Nak makan apa , nak makan di mana, nak beli barang apa, nak beli air apa, nak pakai baju apa, nak masak apa harini untuk suami dan anak anak, nak pilih bisnes apa, nak tulis apa di fb, nak beli emas atau jual emas, nak pilih kerja mana, nak buat marketing macana .
Pilihlah dan tanyalah Allah dulu. Tujuannya adalah nak dapat redha dan kasih sayang Allah. 💖
Antara salah satu fitnah akhir akhir zaman adalah datang dari makanan dan minuman.
Kita takut bila kita dah jaga solat, puasa dan lain lain tapi kita termakan bahan makanan yang tak halal.
Kita makan atau minum sahaja ikut selera nafsu kita tanpa bertanya Allah dulu.
Sebelum pergi ke kedai makan doalah minta ditunjukkan kedai makan mana yang bersih, halal dan toyyib. Supaya apa yang masuk ke mulut keluarga dan anak anak kita akan jadi darah daging dan bentuk peribadi anak anak.
Doa ajaib ni tips untuk para ibu para isteri dan wanita kat luar sana.
# motivasi #doa #spreadlove


No comments:

Post a Comment