"Belum jumpa business seperti #TDC yang stok tidak sempat pun tengok sudah habis dibeli"
Ini kali keseribu dua ratus lima puluh (saya teka je angka ini), saya dengar daripada para Leader dunia Network Marketing tentang perniagaan #SusuCapItik ini.
Saya hanya senyum sebab hakikat sebenarnya, para Networker sudah dibasuh, diasuh, ditipu daya oleh Syarikat yang tiada etika dan asas moral dalam pengendalian perniagaan.
Hakikat sebenarnya, Perniagaan ini WAJIB berlandaskan produk dan perkhidmatan yang diperlukan orang ramai.
Bagi sesetengah Perniagaan yang maju dan berdaya, ketidakcukupan stok memang lumrah dan selalu terlaku. Seperti mana MyVi, X70, Apple iPhone (dulu), malah pernah terjadi pada Milo, Nescafe, dan lain-lain jenama produk yang cukup gah di persada nasional dan inter-nasional.
Namun di Dunia Network Marketing, Owner Syarikat yang tidak ada etika dan asas moral telah meruntuhkan asas keusahawanan dan perniagaan ini dengan meletakkan wang ringgit dan kekayaan hartabenda di hadapan segala perniagaan, dan membasuh, menipu, memanipulasi Para Leader untuk follow the money, atau secara khususnya follow the Setan behind the Money.
Produk sudah jadi tidak penting, dan ianya hanya alat untuk buat duit, dan Pelan Pemasaran dan Bonus serta Wang dijadikan keutamaan dan fokus. Sebab itu, produk mereka entah mari mana. Sijil tiada, timbang kilo, tiada kesan dan faedah, tiada khasiat dan hanya gimik, dan paling MUSTAHAK: tiada ulangan beli.
Semua produk berbentuk one-off dengan diajarkan oleh syarikat supaya melakukan overloading (Paksa Beli dalam kuantiti yang luar biasa banyak), malah kalau tidak mampu, menekan untuk buat Pinjamam Bank Peribadi.
Hartabenda yang diutamakan, wang didahulukan. Produk simpan bawah katil.
Perkara ini telah melawan Asas Keusahawan di mana perniagaan diwujudkan untuk memenuhi Demand (Permintaan) pelanggan melalui produk atau perkhidmatan, dan sebagai Supply (Pembekalan), ianya mendapat imbuhan yang dinamakan Wang dan proses itu terjadi melalui Transaksi.
Demand. Supply. Transaction.
Supply need demand to sustain.
Banyak syarikat Network Marketing sebenarnya tiada demand. Mereka hanya supply, sebab itu mereka hanya ada Penjual, dan penjual mencari penjual dan mencari penjual. Itu yang dinamakan skim piramid, satu hari akan tepu dan jahanam.
Jadi di TDC, saya secara peribadi cuba mendidik mereka kembali ke fitrah perniagaan asas, ianya berikan mereka sedar, Demand and Supply yang mewujudkan kekuatan ekonomi.
LEADER membimbing dan membina Penjual untuk membina kumpulan fans pengguna dan penjual yang setia dan kekuatan dan kelangsungan syarikat adalah berdasarkan demand Ulangan Beli pelanggan dan penjual kecil-kecilan.
It is how the top brands of International works.
It is how the real business should be.
It is how the business of Rasulullah, Jewish that controlling the world doing.
Welcome to the real business structure again, para Leader Network Marketing yang tersesat.
Cukuplah tersesat lagi, ayuh kembali ke fitrah.
Master in Business Administration (Finance), Universiti Malaysia Kelantan

No comments:
Post a Comment